Isnin, 30 Mac 2009

tolong


Tolong ingatkan saya

Andai saya terlupakan Tuhan

Dalam kelapangan dan kesibukan

Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka

Mak ayah dilupakan jangan

Usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan saya

Supaya ingat pesanan abi

Bukan sekadar peringatan

Tapi tarbiyah ilmi


Tolong ingatkan saya

Dengarlah dan bacalah al-quran

Tika radio penuh hiburan

Tika TV penuh halwa makanan




Tolong ingatkan saya

Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan

Sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan saya

Kalau bercinta biar keranaNya

Dalam memilih utamakan Iman

Kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan saya

Hidup ini satu kembara

Kutiplah mutiara dalam perjalanan

Moga di sana menjadi bekalan

4 ulasan:

  1. aku suka pada mutiara..macam2 pengajaran dan panduan darinya..bukan pandangan materialistik tapi letak duduknya mutiara tu..
    untunglah kalau dapat kawan,teman yang saling ingatkan..kawanku jauh di perantauan..
    bukan hanya tika duka diingatkan tapi dalam apa jua,dia bersama memberi panduan

    BalasPadam
  2. fahana..sy pun ske mutiara..cantik jika di gilap...tq fahana..

    BalasPadam
  3. fahan... xpe...kan berceria itu bagus..dpt peljrn.

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates