den tak mahu kerana cinta, den jadi korban seperti kupu-kupu yang suka menghitung butir gerimis. Lantas patah sayap bila jatuh ke tanah yang berlumpur, dan tak bisa terbang lagi…
”den mensyukuri semuanya. Yang pahit, yang manis adalah sebahagian daripada dugaan Allah SWT untuk den.
den tersungkur, tapi den tak ingin terjatuh.
den luka, tapi den tak ingin berdarah. den sakit, tapi den tak ingin menangis.
Tulusnya kasih di persenda, den harus bertafakur menginsafi diri dan redha pada segala. Memuhasabah diri dan pasrah menerima. Usah terpedaya dengan permainan sesiapa. Usah mudah menyerah kalah pada manis bicara. Allah S.W.T. menduga kekuatan hati, memberi ujian yang tidak terperi.
Untuk mengingatkan den, usah melakukan apa yang kita rasa pada makhluk Allah yang lain pula. Kerana perasaan indah yang di wujudkan bukan untuk di buat sendaan dan mainan. Jauh sekali di jadikan bahan uji kaji. Tiap kali den memejam mata, bisik den pada purnama di luar sana, teruslah memberi den cahaya. Kerana sakitnya tersungkur, masih tidak dapat den lupa. Dan bila di izinkan Ilahi untuk den membukanya semula, hati berbicara, bagaimana payah sekali hidup ini, ianya masih perlu di teruskan.
Usah mengalah jika kalah wahai insan bernama nazirul mubin , den sematkan di hati selamanya. Rahmat dan hikmah Ilahi sentiasa menanti. Jujur den kepada diri sendiri menyatakan bahawa hidup ini umpama satu percaturan di pentas dunia. Kadangkala bilo kesusahan dan kesedihan menimpa, kita seakan baru tersedar dari lena yang panjang. Masya-Allah…. hebat MU ya RABB
Terasa ingin teruskan langkah ke depan, tanpa perlu melihat ke belakang. Namun tanpa kenangan silam kita tidak betah untuk hidup pada hari ini. Bilo mulut terhenti berbicara den rasakan kesepian itu berganda-ganda. Bilo jemari tidak menari-nari den rasakan kesunyian itu ada di sisi.
den kuatkan hati untuk terus melakarkan madah bicara. Butir-butir huruf ini umpama nyawa dan nadi den sendiri. Ternokhtahnya ia bermakna tiada apa-apa lagi yang den ado.
Riangnya sang camar sekawan berlagu merdu mendayu di kaki langit, den menumpang bahagia. Indah bebas hidup di rasakan. den mula merasakannya. Membebaskan hati dan perasaan den supaya tidak terus terikat pada kesedihan hati yang di layan selama ini. Kenangan silam mengajar den, berhati-hati dengan perasaan sendiri. Terpesongnya den kerana bermain di pesisir pantai yang tenang, tidak den sedari bilo ombak ganas akan menghempas menghancurkan butir2 pasir..
Kahwin paksa ko?
BalasPadamcepu emas soalan pok li..hehehe
BalasPadamsabar lah..ada himahNYA..kalau diingat kenangan silam kekadang buat kita takut menghadapi masa depan tapi tak akan mungkin kita berhenti di sini..kekadnag takut untuk berdepan dgn ujian ALLAH takut kita tak kuat..Tapi ujian itu juga tak kan trun andai diri kita tak kuat..Allah tahu kekuatan dan kelemahan kita..Kuatkan hati dengna ALLAH..sabar ya..selawat ya..
pok li....xlah rela dalam paksa..hehe
BalasPadamfahana...dh berlangsung pun...huhu