Khamis, 19 Mac 2009

remaja

SAAT paling manis dalam kehidupan ialah waktu remaja. Semuanya indah dan berseri. Badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas dan sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.

Justeru, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja Ashabul Kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara, leka dunia, mereka teguh lari menyelamatkan iman.


surah 18 al khafi ayat 10

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

3 ulasan:

  1. yang tengah kuat tu lah yang nak digunakan tenaganya tapi tak berguna plak..huhu..harap2 tergolong yang berguna dan dapat bersama jadikan yang lain njuga berguna..
    (kalo mak aku nampak pelakon lelaki yang muda2 mesti dia akan kata."ni kalo buat tanam ubi belakng rumah,ade gak hasilnya"...hehehe..

    BalasPadam
  2. fahana...yeke mak ckp mcm tu...best la...org bdn besr msti mak ingt tenaga kuat kan..hehehe

    BalasPadam
  3. itule pandangn orang lain pun..tapi yang tu lah duk nak menyenang-lenangkan diri..huhu..pose sikit2 lah dapat duit..huhu

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates