Selasa, 31 Mac 2009

apo ntah ?


Kuala Lumpur:Semalam pada pukul 10 pagi,sekumpulan 2 lelaki bersenjatakan 2 laras AK-47 dan seorg dari rakan mereka menunggu didalam sebuah kenderaan mewah telah cuba merompak sebuah bank di ibukota.

Percubaaan rompakkan itu telah berjaya dipatahkan oleh Ramli Andang pengawal keselamatan yg bertugas pada waktu itu yg hanya bersenjatakan kayu belantan.Pihak polis telah melakukan soalsiasat dan percaya bahawa yg sekumpulan perompak itu mempunyai maklumat dalaman mengenai aktiviti bank tersebut.

Org ramai yg melihat kejadian itu berkata sebuah kenderaan mewah telah berhenti dihadapan bank itu pada pukul 9.45 pagi semalam tetapi hanya 15 minit kemudian barulah penumpangnya keluar dari kenderaan itu.Menurut pengawai penyiasat,hasil dari siasatan 2 org yg memakai ski mask dan bersenjatakan Ak-47 dan 2 bom tangan telah keluar dari kenderaan tersebut dan terus menuju kearah bank tersebut,menurut saksi 2 perompak tersebut telah cuba utk membuka pintu utama bank tersebut tetapi gagal kerana ianya berkunci.

Perlakuan perompak itu telah menarik perhatian pengawal keselamatan yg bertugas pada waktu itu."saya terperanjat dgn apa yg saya lihat,lantas saya mencapai kayu belantan saya dan menudingkannya pada 2 perompak itu"Ramli Andang memberitahu pemberita."Tiba-tiba salah seorg perompak itu telah menepuk dahinya seolah olah ada sesuatu yg tidak kena dan menjerit pada rakannya itu,lalu mereka meninggalkan bank tersebut"tambahnya lagi yg kelihatan masih agak terperanjat dgn apa yg dilaluinya.

Ditanya oleh pemberita mengenai rahsia Ramli mematahkan cubaan rompakkan itu,dia hanya tersenyum dan menudingkan jarinya pada pintu utama bank tersebut dan terdapat papan tanda bertulis "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN".Dan Ramli Andang memohon maaf dan ampun kerana tidak dpt balik ke kampung pd hari raya pada tahun ini.
Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh akal semata-mata.

Dengan akal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan "mengajar'nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil lagi kecil

Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap "perkenalan'nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.

dan Hanya HATI yang boleh membezakan yang HAQ DAN BATIL...

FIRMANNYA...DALAM SURAH AN NAHL(16)
Ayat 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur

Isnin, 30 Mac 2009

tolong


Tolong ingatkan saya

Andai saya terlupakan Tuhan

Dalam kelapangan dan kesibukan

Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka

Mak ayah dilupakan jangan

Usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan saya

Supaya ingat pesanan abi

Bukan sekadar peringatan

Tapi tarbiyah ilmi


Tolong ingatkan saya

Dengarlah dan bacalah al-quran

Tika radio penuh hiburan

Tika TV penuh halwa makanan




Tolong ingatkan saya

Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan

Sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan saya

Kalau bercinta biar keranaNya

Dalam memilih utamakan Iman

Kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan saya

Hidup ini satu kembara

Kutiplah mutiara dalam perjalanan

Moga di sana menjadi bekalan

Ahad, 29 Mac 2009

semut lebah dan labah2




Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.

An Naml [semut],
Al 'Ankabuut [labah-labah],
dan An Nahl [lebah].

Semut
, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti.
Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih
besar dari tubuhnya.

Lain lagi uraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yangpaling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling
memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.


Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini.
Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'. Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya.Entah berapa banyak jugajenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa" Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'.
Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat
dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat lebah.
bersatu membina komuniti...Insya Allah!

Sabtu, 28 Mac 2009

tips behenti merokok





antara persediaan untuk berhenti merokok... ... .

1. hendaklah memahi bila dan kenapa berhenti merokok
2. cuba ubah kebiasaan merokok
3. tetapkan tarikh untuk berhenti merokok sepenuhnya
4. dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan
5. rancangkan kehidupan tanpa rokok
6. yakin dan sentiasa berfikiran positif
7. buat nota peringatan
8. lawan seglala keinginan untuk merokok
9. yakin boleh anda boleh hidup tanpa merokok
10. katakan TAK NAK PADA ROKOK!!

Jumaat, 27 Mac 2009

rasul

Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasulullah s.a.w, lalu berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya. "Baiklah," jawab Rasulullah s.a.w ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasulullah s.a.w.

Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w kerana itu dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya?" sungut para sahabat.Rasulullah s.a.w, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."




p/s..sori la.. xde idea nk menaip..copy je..yang penting pelajaran...den buzy skrg ngn keje la..nk buat kajian jo...huhuhu

Khamis, 26 Mac 2009

surat den copy


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

p/s...kan best..hehehe

Rabu, 25 Mac 2009

den seorang pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta… Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta… Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia



p/s..ada pelajaran lagu m nasir nie..

Selasa, 24 Mac 2009

iman Ku

Benteng senipis kulit bawang,
tanpa asas yang kukuh,
runtuh!!!!
roboh!!!!
Minda letak di lutut,
jasad dibiar hanyut,
iman dicampak ke laut,
fikiran jadi kusut.
YA RABBI... ...
hamba ini merayu,
bantulah aku,
berjalan pada landasan redha-Mu,
tersesat ada cahaya yang menyuluh,
terjatuh ada tangan yang menyambut,
Mataku jadi buta,
akal jadi beku,
bila suara iblis bersatu,
dosa itu milikku... ..

andai pintu taubat terbuka,
izinkan aku memasukinya... .
DAN_AKHZAR... ..

semoga ku merahmatkan alam

Isnin, 23 Mac 2009

hamba abdi



surah Adz Dzaariyaat (51)

56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Ahad, 22 Mac 2009

copy n paste


Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Sabtu, 21 Mac 2009

pokok ad DEEN


surah ibrahim 14 ayat ke 24 - ..

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik[786] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,


25.pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Jumaat, 20 Mac 2009

rokok?



surah al maidah ( 5 )

100. Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan."

Khamis, 19 Mac 2009

remaja

SAAT paling manis dalam kehidupan ialah waktu remaja. Semuanya indah dan berseri. Badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas dan sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.

Justeru, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja Ashabul Kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara, leka dunia, mereka teguh lari menyelamatkan iman.


surah 18 al khafi ayat 10

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Rabu, 18 Mac 2009

demi Masa

Ada masa,

kita perlu menangis.
Agar kita tahu,
bahawa dunia ini bukan hanya untuk ketawa.



Ada masa, kita perlu ketawa.
Agar kita tahu, bahawa bernilainya setitis air mata.
Ada masa, kita perlukan seorang teman.
Agar kita tahu, bahawa seksanya kesunyian tanpa teman.



Tapi, ada masa,

Kesunyian akan medewasakan kita.
Kesunyian menyedarkan kita,

Selasa, 17 Mac 2009

SUNYI


Kelam malam...
Menemani kesepian waktu...
Sendiri melayani benak hati...

Kelam malam...
Ditemani bintang bertaburan...
Mensyukuri nikmat keindahan yang diberi...

Kelam malam...
Membuat rindu menghadirkan diri...
Terpana melayari gelodak rasa...

Kelam malam...
Melakar bibit-bibit keinsafan...
Di saat sunyi gelita tanpa suara rakus sang juara...

Kelam malam...
Hanya yang ada...
Suara aku dan Dia...

Aku merintih...
Dia mendengar...
Aku menangis...
Dia tersenyum...
Senyuman indah menerima kunjungan keinsafan dari hambaNya...

Isnin, 16 Mac 2009

cintaNYA

Cinta Allah selangkah kita menghampiri Nya seribu langkah DIA menghampiri kita berbeza dengan cinta manusia semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan titisan air mata

Cinta itu bukanlah terletak pada lafaznya.Tapi cinta akan hadir dengan sendirinya secara semulajadi tanpa di paksa-paksa. MARI KITA MEMAHAMI , MENJIWAI DAN MENCINTAI

Ahad, 15 Mac 2009

Diri ini


mengapa kita mesti berkorban apa sahaja untuk orang lain

sedangkan bila turn diri kita orang itu pandang sebelah mata,

kadang kala pekak kan telinga dan buat-buat lupa.

apa- apa jela yang penting ku ikhlas bukan minta balasan

Sabtu, 14 Mac 2009

ZAMAN......SEJARAH


Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukan-Nya.

Kita sebagai makhluk hendaknya menyadari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran disebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah.

Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki,

kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian.

Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya.

Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlaku pula zaman khalifahyang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"


Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni :

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman fitnah (kerusakan) dan kegelapan
4. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa


ZAMAN KEBANGKITAN AKAN DI NAIKKAN,...TAPI BAGAIMANA? KITABALLH DAN SUNAH RASUL NYA

Jumaat, 13 Mac 2009

jam dan aku


Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?". "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?". "Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan. "Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sangat tu" Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?". "Naaaah, kalau itu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh antusias. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

kesan dan Pesan :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya....teruskan melaksana sebagaimana jam sentiasa berdetik...agar diri nie sentiasa melaksana dan mendokong

Khamis, 12 Mac 2009

jiwa Damai


Bukan harta yang sedikit itu menyebabkan susah,
bukan pula harta yang banyak yang menyebabkan gembira.
Tetapi pokok gembira dan susah ialah jiwa yang merdeka dan jiwa yang tenang damai..

p/s..susah sangat nak menenang dan mendamaikan jiwa ini selain perlu di sebut2 nama2NYA

Rabu, 11 Mac 2009

AHMAD


"BUKANLAH Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Ahzab:40)

Nabi Muhammad s.a.w memimpin manusia ke arah kebenaran dan kejayaan, melenyapkan kegelapan, kekufuran dan kejahilan.


Baginda dirujuk sebagai Rasulullah s.a.w. Namanya turut ditulis sebagai Mohammed dan Muhammed, bermakna "orang yang dipuji" dan ada dinyatakan empat kali dalam al-Quran.

Selain itu, dengan nama Ahmad (bermakna terpuji), seperti dijelaskan pada ayat 6, surah as-Saaf, maksudnya:

"... Dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad... "

Selasa, 10 Mac 2009

DEMI BUAH TIN DAN ZAITUN?




"DEMI (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi Bukit Sinai, dan demi kota (Makkah) yang aman ini. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Maka bagi mereka, pahala yang tiada putus-putusnya." (Surah at-Tin, ayat 1-6)

sedikit fakta buah tin dan zaitun:

Tin adalah buah-buahan yang mengandung zat sejenis alkalin yang mampu menghilangkan keasaman pada tubuh. Zat-zat aktif yang terdapat dalam buah tin adalah sejenis zat-zat pembersih yang bisa dipakai untuk mengobati luka luar dengan cara melumurinya.

Unsur yang terkandung dalam buah Tin adalah karbohidrat, protein, dan minyak. Buah Tin juga mengandung yodium, kalsium, fosfor, zat besi, magnesium, belerang (fosfat), chlorin, serta asam malic dan nicotinic.

Hasil penelitian lebih lanjut menyebutkan bahwa buah Tin termasuk buah yang dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah, cocok sebagai obat penyakit anemia. Disamping itu buah Tin juga mengandung kadar glukosa yang cukup tinggi

Isnin, 9 Mac 2009

pakar BEDAH


Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

Ahad, 8 Mac 2009

kau yang maha PEMURAH

video
(RAHMATANLIL ALAMIN )

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cintaNYA
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Sabtu, 7 Mac 2009

PETIKAN


Kebahagiaan yang kekal dan sempurna itulah kebahagiaan yang sebenar.
Adapun maksud kekal di sini adalah kebahagiaan itu tetap bertahan mulai dari dunia hingga ke akhirat,
mulai dari alam ghaib hingga ke alam nyata,
mulai hari ini hingga esok.
Manakala sempurna adalah apabila kebahagiaan itu tidak dirosakkan oleh kesengsaraan dan tidak dicemari oleh amarah."

Jumaat, 6 Mac 2009

HANG


Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis... .

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.,

POLIS: Saya kate 'P' mane... ?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak adakuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ... ... pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

Khamis, 5 Mac 2009

ilmu itu BACA FAHAM N LAKSANAKAN


Dengarlah anak ibu( ALQURAN) berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran( baca),
Hanyalah itu jadi bekalan,(perancangan )
Untuk hidup di masa depan.(kegemilangan islam )

Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Rabu, 4 Mac 2009


Para pemimpin, sistem pemerintahan,
Sistem pendidikan dan para pendidik,
Menentukan corak masyarakat atau
Menentukan corak rakyat jelata,
Seolah-olah corak masyarakat tadi sebagai buah,
Para-para pemimpin, sistem pemerintahan ( sebagai akar nya)demokrasi..hehehe
,sistem pendidikan
Dan para pendidik,

Melahirkan corak masyarakat atau baik buruknya rakyat,
Kalau rakyat sudah rata-rata jahat,
Terutama muda mudi sudah ramai
Melahirkan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat,
Yang menyusahkan negara dan rakyat,
Itu menunjukan para pemimpin, sistem pemerintahan,
Sistem pendidikan, para pendidik sudah jahat,

Itulah yang berlaku hari ini di seluruh dunia,
Termasuk negara-negara umat Islam,
Tak terlepas negara kita Malaysia yang tercinta,
Tapi bila orang ramai sudah jahat,
Rakyat jelata melahirkan gejala-gejala, menyusahkan negara,
Para pemuda pemudi sudah tidak boleh diharap,
Orang ramai termasuk pemerintah dan pendidik
Menyalahkan rakyat, padahal rakyat itu buahnya,
Buah dari pokok adalah pemerintah dan pendidiknya,
Serta sistem keduanya, tak ada pokok tak ada buah,
Perkara itu terjadi ada dua sebab,

Pertama:
Para pemimpin dan para pendidik tidak faham,

Kedua:
Para pemimpin dan para pendidik faham,
Tapi “lempar batu sembunyi tangan
Melemparkan kejahatan kepada orang lain,
Menyembunyikan kejahatan,
Kalau buah itu masam,
Mengapa disalahkan buah,
Tak disalahkan pokok dan cara menanam?
Cara ini kalau berlanjutan,
Terutama berlaku di Malaysia tanah air yang tercinta,
Bangsa punah ranah dan celaka,

Kalau para pemimpin, para pendidik, masih lalai,
Sistem pemerintahan dan sistem pendidikan tidak bertunjangkan iman,
Tunggulah kehancuran negara dan bangsa,
Tolong semua pihak ambil perhatian,
Terutama para alim ulama ( yang kononnya memahami ADEEN islam )
Kalau mahu negara dan bangsa Malaysia maju dan aman damai,
perDAMAIan Dan BUdaya TOlenransi dipraktikkan MENGIKUT acuan ALQURAN.

Selasa, 3 Mac 2009

Disini Permulaan


Disini aku berdiri....nama Mu ku lafaz saban hari dairi hidup ku,

Di sini aku berdiri... bersama ayat2 MU ketika siang kian Menjelma,

Di sini aku berdiri... bersama sebuah hati yang kini ku miliki,

Dan di siniakan...... ku terus berdiri di smping ADEEENMu...

Sehingga tamat babak perjuangan yang tiada titik nokhtahnya...

Isnin, 2 Mac 2009

KENApa ???


kenapa ya kita rasa sakit bila mencintai?

kenapa ya kita sayu bila merindui?

kenapa ya kita rasa pilu bila mula menyayangi?

kenapa ya kita rasa kehilangan bila kita memiliki?

kenapa ya kita rasa resah bila mula janji terpatri?

kenapa ya kita rasa terhalang bila kita telah menghampiri?

kenapa ya kita rasa sedih bila kita sedang meniti bahagia?

kenapa ya kita rasa mcm ni?... ...

kita hanya mampu merancang... dalam dunia ni mcm2 dugaan yg datang untuk menguji ketabahan. adakah mungkin dia miliku ? adakah mungkin kami ditakdirkan utk bersama... sebuah perjalanan takdir yg hanya Allah yg Mengetahuinya...perjalanan menuju kampung sentosa dan sejahtera nya .

mungkin ada hikmah di atas setiap perkara yg berlaku... menyesali suatu yg telah terjadi bukan cara terbaik... . redha... redha di atas suatu yg telah ditetapkan... Ya Allah tabahkah hati ku ini. sesungguhnya berilah aku kekuatan utk menghadapi ... aku tak sanggup mengahadapi kehilangan utk sekian kali nya...cinta mu Ya ALLAH

sekiranya aku kerap menanyakan kenapa.. adakah aku insan yg tidak besyukur? tidak! aku sentiasa bersyukur di atas segala kurniaan Mu... aku sedar aku hanya insan kerdil ... aku mengharap perlindunganMu ya Allah.. sekiranya inilah takdir yg telah kau tetapkan, aku redha , pasti ada hikmah disebaliknya.

pasti ada hikmah disebaliknya... ... ... .menuju keabadian ADDEEN MU

Ahad, 1 Mac 2009

1 MAC 2008 ( PERSANDINGAN )


den tak mahu kerana cinta, den jadi korban seperti kupu-kupu yang suka menghitung butir gerimis. Lantas patah sayap bila jatuh ke tanah yang berlumpur, dan tak bisa terbang lagi…

”den mensyukuri semuanya. Yang pahit, yang manis adalah sebahagian daripada dugaan Allah SWT untuk den.
den tersungkur, tapi den tak ingin terjatuh.
den luka, tapi den tak ingin berdarah. den sakit, tapi den tak ingin menangis.

Tulusnya kasih di persenda, den harus bertafakur menginsafi diri dan redha pada segala. Memuhasabah diri dan pasrah menerima. Usah terpedaya dengan permainan sesiapa. Usah mudah menyerah kalah pada manis bicara. Allah S.W.T. menduga kekuatan hati, memberi ujian yang tidak terperi.

Untuk mengingatkan den, usah melakukan apa yang kita rasa pada makhluk Allah yang lain pula. Kerana perasaan indah yang di wujudkan bukan untuk di buat sendaan dan mainan. Jauh sekali di jadikan bahan uji kaji. Tiap kali den memejam mata, bisik den pada purnama di luar sana, teruslah memberi den cahaya. Kerana sakitnya tersungkur, masih tidak dapat den lupa. Dan bila di izinkan Ilahi untuk den membukanya semula, hati berbicara, bagaimana payah sekali hidup ini, ianya masih perlu di teruskan.

Usah mengalah jika kalah wahai insan bernama nazirul mubin , den sematkan di hati selamanya. Rahmat dan hikmah Ilahi sentiasa menanti. Jujur den kepada diri sendiri menyatakan bahawa hidup ini umpama satu percaturan di pentas dunia. Kadangkala bilo kesusahan dan kesedihan menimpa, kita seakan baru tersedar dari lena yang panjang. Masya-Allah…. hebat MU ya RABB

Terasa ingin teruskan langkah ke depan, tanpa perlu melihat ke belakang. Namun tanpa kenangan silam kita tidak betah untuk hidup pada hari ini. Bilo mulut terhenti berbicara den rasakan kesepian itu berganda-ganda. Bilo jemari tidak menari-nari den rasakan kesunyian itu ada di sisi.

den kuatkan hati untuk terus melakarkan madah bicara. Butir-butir huruf ini umpama nyawa dan nadi den sendiri. Ternokhtahnya ia bermakna tiada apa-apa lagi yang den ado.
Riangnya sang camar sekawan berlagu merdu mendayu di kaki langit, den menumpang bahagia. Indah bebas hidup di rasakan. den mula merasakannya. Membebaskan hati dan perasaan den supaya tidak terus terikat pada kesedihan hati yang di layan selama ini. Kenangan silam mengajar den, berhati-hati dengan perasaan sendiri. Terpesongnya den kerana bermain di pesisir pantai yang tenang, tidak den sedari bilo ombak ganas akan menghempas menghancurkan butir2 pasir..

Template by:
Free Blog Templates