Rabu, 4 Mac 2009


Para pemimpin, sistem pemerintahan,
Sistem pendidikan dan para pendidik,
Menentukan corak masyarakat atau
Menentukan corak rakyat jelata,
Seolah-olah corak masyarakat tadi sebagai buah,
Para-para pemimpin, sistem pemerintahan ( sebagai akar nya)demokrasi..hehehe
,sistem pendidikan
Dan para pendidik,

Melahirkan corak masyarakat atau baik buruknya rakyat,
Kalau rakyat sudah rata-rata jahat,
Terutama muda mudi sudah ramai
Melahirkan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat,
Yang menyusahkan negara dan rakyat,
Itu menunjukan para pemimpin, sistem pemerintahan,
Sistem pendidikan, para pendidik sudah jahat,

Itulah yang berlaku hari ini di seluruh dunia,
Termasuk negara-negara umat Islam,
Tak terlepas negara kita Malaysia yang tercinta,
Tapi bila orang ramai sudah jahat,
Rakyat jelata melahirkan gejala-gejala, menyusahkan negara,
Para pemuda pemudi sudah tidak boleh diharap,
Orang ramai termasuk pemerintah dan pendidik
Menyalahkan rakyat, padahal rakyat itu buahnya,
Buah dari pokok adalah pemerintah dan pendidiknya,
Serta sistem keduanya, tak ada pokok tak ada buah,
Perkara itu terjadi ada dua sebab,

Pertama:
Para pemimpin dan para pendidik tidak faham,

Kedua:
Para pemimpin dan para pendidik faham,
Tapi “lempar batu sembunyi tangan
Melemparkan kejahatan kepada orang lain,
Menyembunyikan kejahatan,
Kalau buah itu masam,
Mengapa disalahkan buah,
Tak disalahkan pokok dan cara menanam?
Cara ini kalau berlanjutan,
Terutama berlaku di Malaysia tanah air yang tercinta,
Bangsa punah ranah dan celaka,

Kalau para pemimpin, para pendidik, masih lalai,
Sistem pemerintahan dan sistem pendidikan tidak bertunjangkan iman,
Tunggulah kehancuran negara dan bangsa,
Tolong semua pihak ambil perhatian,
Terutama para alim ulama ( yang kononnya memahami ADEEN islam )
Kalau mahu negara dan bangsa Malaysia maju dan aman damai,
perDAMAIan Dan BUdaya TOlenransi dipraktikkan MENGIKUT acuan ALQURAN.

2 ulasan:

  1. tak tahu lah apa yang diaorng fiir..tapi bukan senang jugak nak jaga kepuasan hati rakyat keseluruhannya..paling mudah mungkin bermula dari rumah..institusi kekeluargaan perlu kukuh..ibu bapa perlu tanam didikan keislaman pada anak2 sejak dari kecil..bukan nak salah mak ayah..cuma, ibu bapalah yang mulanya dijumpai anak-anak..kdang2 mak ayah dah ok anak tetap tak betul gak..
    semua pihak kena ambik perhatian.
    p/s:ada komen untuk 3 entri sebelum ni

    BalasPadam
  2. yeke...sory fahana..sy cibuk maen2 la..hehe

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates