Khamis, 30 April 2009

mat basikal


Cikgu Naz: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Naz : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Naz : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


p/s..teringat teka teki ex aku dulu.. ape kat pisang kita x panggil pisang.?nanti aku beri hadiah kalau dapat jawap...kisah mat basikal mungkin abis di sini,,,

Rabu, 29 April 2009

di balik cermin

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Selasa, 28 April 2009

Tip Gaya Hidup yang Sihat


* Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
* Elak dari menjadi gemuk
* Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
* Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
* Bersenam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau
* Belajar untuk beristirehat.
* Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telah pun dikesan.

Isnin, 27 April 2009

PERTEMUAN


Jangan dikesali dengan sebuah pertemuan itu kerana disitu terciptanya kemesraan
Jangan dikesalkan dengan sebuah perpisahan kerana disitu
terciptanya kerinduan
Ingatlah,
kehidupan di dunia kerana disitu terciptanya kesyukuran
kepada Penciptanya

Ahad, 26 April 2009

amanah


Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah.
Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita.
Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita,
kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya,
seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri.
Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati.
Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas.
Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.


p/s..cintai DIRI = cintai ALLAH

Sabtu, 25 April 2009

AKAR KITA

Akar kita
Akar kita

Harus menjalar dalam dan jauh
Bicara sang pohon keramat tua
Kalau mahu matahari
Menimbah karunianya

Langit tinggi lagi jelas pandangan
Mudah baca cabaran mendatang
Mudah buat perkiraan
Matang dan tepat kesasaran

(Hujan tak datang)
(Langit kontang)

Hati tak resah atau rasa gundah
Bila jejari membenam ke mata air
Itulah pesanan Lokman
Pada putranya di waktu duha
Dia pergi mencari suara emas

Akar kita
Akar kita

Jumaat, 24 April 2009

air mata


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Khamis, 23 April 2009

mat basikal


Cikgu Naz sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 azaytun..
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??

p/s..budak2 sekarang dah banyak mencari jalan yang mudah..tidak merasa n menghargai orang2 sebelumnya..semoga kita menghargai kaum n bangsa yang memperjuangkan ADDEN terutamnya

Rabu, 22 April 2009

teman

Teman,
bangkitlah dari mimpi-mimpimu,
bangkitlah dari tidurmu,
bangkitlah dari kenangan lalu,
ku pasti inilah jalan yang harus kau tuju.

Selasa, 21 April 2009

saHABAT GUA ( PEMUDA KHAFI )




Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

( 1 )
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

( ulang 1 )

( 2 )
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

Isnin, 20 April 2009

sedap ayat ni

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA............

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Ahad, 19 April 2009

ALLAH MAHA PEMURAH



Allahku ya Rahman (2x)
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

berlalu waktu berlalu
sepi menghantar kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu

di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku

dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan

Allahku ya Rahman (2x)

Sabtu, 18 April 2009

nak kongsi




Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

firman allah dalam surah al - ankabuut ayat 63. Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).

Jumaat, 17 April 2009

hari ini semalam dan esok

Kenapa perlu menyesal pada hari semalam yang telah dtinggalkan?

Menyesal kerana melakukan kesilapan dan telah mensia-siakan hari semalam.

Kerana hari semalam tak seindah yang diharapkan..

Tak perlu menyesal pada hari semalam yang telah berlalu pergi

Yang kita tak mungkin akan kita dapat kembali..



Kenapa perlu bimbang pada hari esok?

Bimbang takut apa yang berlaku tak seindah yang diimpikan yang telah kita reka dalam minda..

Bukankan esok adalah milik Allah..Dia berhak sama ada menjadikan impian itu satu kenyataan atau sebaliknya..Dia Maha Mengetahui sesuatu..


Hiduplah hanya batasan waktu pada hari ini..kerana hari ini milik kita..

Lalui hari ini dengan tenang,fokus dan penuh hikmah..

Tak perlu dikenang pada semalam yang ditinggalkan..jika hari semalam ada kesilapan jadikan pengajaran..

Jika sudah ada rencana untuk hari esok.bertawakallah

jika yang diharapkan seindah yang diimpikan jangan lupa bersyukur kepadaNya..



p/s..ayat ALLAH..SURAH AN NISA AYAT 9. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Khamis, 16 April 2009

mat basikal


sambungan minggu lepas..

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Naz telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Naz pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana..


p/s...jalan yang di pilih bukan syurga ( balasan ) tetapi apa yang di perintah kan..
gambar di ats ada satu lorong je.. kalau ada dua boleh sesat woooo.. kena pilih la,,,

Rabu, 15 April 2009

cinta 3

Bukan mudah untuk cintakan Dia,
dan bukan mudah untuk mempertahankanNya.
Dan, diri ini cuba lagi bertahan...
Selagi ada kekuatan untuk mempertahankan cinta ( AddeenMU )yang satu ini.
Inilah cinta hakiki yang perlu untuk dihayati,
cinta hamba padaNya, walau sukar dan tabah, semoga Dia mengurniakan segala kekuatan untuk diri ini lebih tabah dalam menghayati cinta yang satu ini.

Diri ini terlalu lemah... .
Terlalu goyah dengan hati yang tidak tetap...
Pun, jauh di sudut hati ini...
Masih mengharapkan cinta padaNya jua... TAMAT...
CINTA padaNya Tidak Pernah Tamat.amin

Selasa, 14 April 2009

cinta 2

Cinta itu sesuatu yang indah, dan dapat dirasakan diri ini...
Semakin kerdil di sisiNya... .
Mencari keupayaan diri untuk bertahan,
mencintaiNya tanpa halangan bukanlah sesuatu yang amat mudah.
Ujian dariNya cukup hebat, dan hati ini semakin goyah...( sambung episod terakhir )

p/s...minggu ini tewas ku pada pujukkan nafsu...
ampuni aku ya Allah..kafir pada pada perintahMu

Isnin, 13 April 2009

cinta 1

Bukanlah penyair namanya,
kalau tidak cinta pada syairnya.
Bukanlah pengkarya namanya,
kalau tidak menghayati karyanya...
Malah dalam puisi-puisi ada menyebut tentang cinta, rindu dan asyik pada sesuatu...

Terfikir diri ini... ...
Mana letaknya cinta dalam diri,
kerana sukar benar untuk memberi ruang kehadiran cinta..
Rindu juga bukanlah satu perkara mudah untuk diwujudkan,
bila rindukan dia mesti terfikir akan dia...
Itulah lumrah fitrah semulajadi kejadian manusia... .ciptaanNya.
Pun...
dalam menghayati rindu dan cinta ini, diri ini berfikir lagi...( sambung )tiada idea

Ahad, 12 April 2009

BURUNG CANTIK -> BURUNG KOTOR -> BURUNG CANTIK

PHEONIX BANGKIT DARI ABU



Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina satu keindahan..baru

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain.. demi cinta..

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti

[ Phoenix Bangkit Dari Abu lyric found on www.lirik.tv ]
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina semula satu keindahan..

Phoenix bangkit..
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata.. oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan..
Dirindukan..
Demi cinta tiada lain..
demi cinta..

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti

Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata.. oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan..
Dirindukan..
Demi cinta, tiada lain..
Demi cinta...Demi cinta...
Demi cinta...Demi cinta...
Demi cinta...Demi cinta...
Demi cinta...Demi cinta...
Demi cinta...Demi cinta...





P/S..SUNNAH RASUL TIADA PERUBAHAN..TURUN NAIK,KOTOR BERSIH.BERSIH KOTOR N SBGNYA.

SURAH AL FATH AYAT 23. Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.

Sabtu, 11 April 2009

pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Jumaat, 10 April 2009

7 tahun gelap 7 tahun siang

sekadar mengingatkan...

Dalam surah Yusof ayat 47-49, Allah berfirman, "Yusof berkata, 'Hendaklah kamu bertanam selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan dan ketika itu mereka memerah anggur'."




p/s...skrg kita dh mula di puncak 7 tahun sulit ( ekonomi hancur )
Ayat ini menekankan tentang perancangan yang strategik. Mereka yang gagal untuk merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.

Khamis, 9 April 2009

mat basikal


Cikgu Naz sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Cikgu Naz akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Naz asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.
Lalu Cikgu Naz menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Naz: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Naz, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


p/s...budak2 biasa la mcm2 kerenah..hehe

Rabu, 8 April 2009

cermin


den teringat pesan dan kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata baginda yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

den pun cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini.

Pertama
, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil.

Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, mahupun perda menteri ( najib pm ke 6 tahniah )

p/s..den mano

Selasa, 7 April 2009

sama kah kita

sahabatku
Kita sama-sama melangkah
Kita sama-sama mentafsir
Kita sama-sama bertutur
Kita sama-sama menyusur

Tetapi...
Adakalanya kita salah melangkah
Adakalanya kita silap mentafsir
Adakalanya kita berbeza pendapat
Adakalanya kita tersungkur

Isnin, 6 April 2009

pesan pada diri

Bismillahhirrahmanirrahim...
KEJAYAAN MANUSIA DAN JIN HANYA DALAM ADdeen..
TAAT PERINTAH ALLAH S.W.T ,
IKUT SUNNAH RASUL NYA.. .

TIADA KEJAYAAN DALAM KEKAYAAN..
TIADA KEJAYAAN DALAM PANGKAT..
TIADA KEJAYAAN DALAM KETURUNAN HEBAT2..
TIADA KEJAYAAN DALAM KECANTIKAN..

SESIAPA YANG JADIKAN ADDEEN SEBAGAI JALAN HIDUPNYA..
TAK KIRA SIAPA DIA..
ORANG KAYA..
ORANG MISKIN..
ORANG BANDAR..
ORANG DESA..
ORANG TUA..
ORANG MUDA..
ORANG LELAKI...
ORANG PEREMPUAN..
SENUA KEJAYAAN MEREKA ALLAH TELAH TETAPKAN DALAM
'ADEEN... ... "
YAKINLAH...
SAHABAT2 KU... SEKALIAN.

P/S...DOAKAN aku sekalian

Ahad, 5 April 2009

bumi itu luas


surah an nisa ( 40)
ayat 97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri[342], (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

Sabtu, 4 April 2009

hijrah ( pindah )




Hijrah kita bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hati ubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan Penciptanya.
Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,
tapi...
Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara
sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik.

Jumaat, 3 April 2009

ada apa dengan nama

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya
kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi." (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )


p/s...awali dulu perbuatan kita dengan nama Allah...mari sama2 kita kenal.faham,cintai

Khamis, 2 April 2009

stress lagi


den nak kongsi Cara menghilangkan stress :

1. Jangan selalu tergantung pada orang lain.( hanya RABb )
2. Jangan berburuk sangka bahwa orang lain akan menghina atau membicarakan anda.
3. Jangan selalu mengingat kesalahan masa lalu, perasaan bersalah
dan penyesalan yang dalam dapat mempersulit, karena menguras segenap pikiran dan tenaga.
4. Jangan menyimpan kemarahan dan frustrasi, utarakan dan bicarakan dengan orang lain
yang bertanggung jawab atas terjadinya hal tersebut.
5. Luangkanlah waktu setiap hari, mulailah kegiatan baru.
6. Jangan menjadi pengendara yang agresif. Mengalah pada. "setan jalan".
Jalankan kendaraan dengan sikap mengalah.
7. Jangan menyimpan rasa dengki dan cemburu, rasa dengki memakan energi.
8. Jangan membiasakan sikap terburu-buru. Tidakan tersebut menjurus pada Kesalahan-Penyesalan-Stress.
9. Yang penting kalau kita sudah tahu bahwa diri kita stress, itu merupakan kunci utama penyembuhan.

yang kes sepuluh den xtau nak taip apo...mungkin kamu lebih tau..laksaanakan

Rabu, 1 April 2009

menaNg


Aku meminta kepada RABB untuk menghadiahkanku kesabaran.
RABB menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada RABB untuk memberiku kemenangan dalam menegakkan addeenMu.
RABB menjawab, Tidak. Aku memberimu alQuran dan al hikmah. Kemenangan bergantung kepadamu .

Template by:
Free Blog Templates