Sabtu, 28 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA



91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar


P/S; SEMOGA KALIAN TUNTAS DALAM MENGHAFALKAN NAMA2 ALLAH.
PELIK X ? NAPE NAMA ALLAH 99 NAPE X 100..
100( AL MUKHTHI - MAHA PEMBERI )

Jumaat, 27 Februari 2009

kau yag SATU


surah 41. fushsilat
ayat 6. Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya,

Khamis, 26 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA


81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani - Maha Membela/Menolak

Rabu, 25 Februari 2009

KEceWA kah KITA



Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa.
Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita tak terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.

MAKA PERHATIKAN...
SURAH 13 ( AR-RAD) 28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram

Selasa, 24 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA


71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Mutaali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

Isnin, 23 Februari 2009

perdDAMAIan N tolenransi



den nak memberi pandangan mengenai pergaduhan yang sudah menjadi inti dalam kehidupan manusia sejak azali lagi
seringkali kita dengari tentang pergaduhan tak kira dimana saja.
sama ada di dalam akbar atau tv dan radio.
pergaduhan antara suami isteri yang kadang kala membawa penceraian, antara adik beradik sehingga putus silaturrahim dan bayak lagi.
banyak faktor yang dapat mengelakkan pergaduhan. antaranya ialah sikap bertolak ansur.( perdamaian dan tolenransi )

setiap manusia mempunyai sikap ego.
sebagai kita ambil contoh yang mudah di fahami contoh pasangan suami isteri yang bergaduh. jika ego pasangan tersebut melebihi sikap bertolenransi mereka, kemungkinan besar ikatan mereka tidak dapat bertahan lama.
si suami dengan egonya yang tidak mahu meminta maaf.begitu juga sebaliknya. apa salahnya jika salah seorang bertolenransi( perdamaian) tiada ruginya malah ia dapat menyelamatkan hubungan mereka.
dengan kata lain,
jika api bertemu api, maka makin maraklah api tersebut. hendaklah seperti api bertemu air.maka padamlah api itu.
sebagai renungan, kajilah sikap diri kita sendiri sama ada ianya membawa kebaikan. baikilah rohaniah kita supaya ketenangan sentiasa bersama kita..agar alam ini menjadi rahmat( rahmatanlillalamin)

Ahad, 22 Februari 2009

apa ada DENGAN NAMA


Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Ada suatu kaum
yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Lebih
berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu
berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya
imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,
adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka
sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan
Bismillahir rahmaanir rahiim.
Kerana ia adalah Isim
Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca
timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiim
."

Sabtu, 21 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA


61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir -Maha Menentukan

Jumaat, 20 Februari 2009

TAK MENGALAH


Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang budak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapa mereka.

Budak 1 : " Bapak aku kelmarin sedang mengupas epal, tangannya terluka, DARAH nya HITAM!!!!...

Budak 2 : " Ayah aku semalam sedang betulkan antena, dia terjatuh sampai patah tulang, TULANG nya HITAM !!!"

Budak 3, tak mahu mengalah : "Hm.. itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV diruang keluarga, tiba-tiba bapak aku KENTUT, tiba tiba seluruh ruangan tu jadi GELAP !!!!!!"

Khamis, 19 Februari 2009

MARI KENAL , FAHAM HAFAL NAMA


51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Muid - Maha Mengembalikan

Rabu, 18 Februari 2009

kita lupa


ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.


Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Selasa, 17 Februari 2009

DI MANA DIRI DEN


wanita ibarat epal...
epal yg tak berkualiti amat mudah dperolehi...
kerana ia berguguran di tanah... .
TAPI epal yg tak mampu dibeli berada dipuncak..

susah dipetik...
susah untuk digapai... ..

kdg2 epal itu risau...
"knapa aku belum dipetik?"kata epal itu

lantas ia mmartabatkan & mgugurkan diri ke tanah akhirnya.
sedangkan ia sebenarnya ALLAH telah jadikan begitu tinggi martabatnya hingga tiada siapa yg sangup & berani mEmetiknya...

hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yg mampu... .
mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat sana...
BIARLAH JODOH BUKAN DI DUNIA ASALKAN CINTA ILAHI MENGIRINGI KITA... .

Isnin, 16 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA


41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Baith - Maha Membangkitkan

Ahad, 15 Februari 2009

syurga


syurga adalah suatu pembalasan yang agung dan pahala yang tiada tara bagi hamba Allah.juga bagi org2 yg taat .Syurga merupakan suatu kenikmatan sempurna.tidak ada sedikit pun kekurangannya.maka dunia ini juga perlu di jadikan seperti keadaannya syurga dn jangan dijadikan dunia ini seperti suasana neraka..

"Kami sediakan bagi hamba-hamba-Ku yg salih,
sesuatu yg tidak pernah dilihat oleh mata... ... ... ... ...
tak pernah terdengar oleh telinga... ... ... ... ...
dan tak terbayangkan oleh hati manusia... ... ... ."

"Seseorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu(bermacam-macam nikmat)yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan"(AS-SAJDAH 17)

Jelas sekali bhw kebesaran nikmat allah tak terbandingkan dgn benda2 yang ada didunia.Jika dibandinkan dengan kenyataan ukhrawi nanti maka kenyataan dunia ini sangat kecil... .kecil sekali.Sangat jauh berbeza keadaannya.tempat cambuk di syurga lebih baik dari semua isinya.

"Tiap2 yang bernyawa akan merasakan mati.dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sesungguhnya ia telah beruntuna.Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan"(ALI-IMRAN :185)

Sabtu, 14 Februari 2009

HANG JEBAT ( KERAJAAN ISLAM DI MALAKAT )


Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka

" Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan.
Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa...
Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka...
Janganlah Kita Alpa..
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah..
Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran


Kata-Kata Hang Tuah..

" Tak kanMelayu Hilang Di Dunia "
" Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "

" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat.."

Jumaat, 13 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA


31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

Khamis, 12 Februari 2009

sekadar renungan


Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a,

bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., puteri rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadapketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu
dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang rajaitu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal
dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-
pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan
jalan menuju syurga-KU adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut".

Rabu, 11 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA



21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi - Maha Tinggi
25. Al-Muiz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-Adl - Maha Adil

p/s; arini den pos kan 10 lagi nama ALLAH yang disayangi..teruskan menghafal. nak kongsi kenapa lagu ni tajuk dia bonda dan bukan ayahanda? hehe

Selasa, 10 Februari 2009

persada perjuangan






Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi

Isnin, 9 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM KENAL NAMA



p/s..arini korang hafal 10 lagi ye..

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-Alim - Maha Mengetahui

Ahad, 8 Februari 2009

teruskan kayuhan


den menanti...
sesuatu yang tidak pasti..
melihat detik waktu terus dilewati..
Jarum yang berputar ku teliti..
Menunggu masa bilanya terbukti...

Seringkali den bermimpi..
menggambarkan sebuah kisah cinta abadi
sebuah kisah cinta jiwa yang suci
di dalam kubah emas kasih terus mencari

den terus bermimpi
mengharap kasih cinta abadi
walau den tahu semua hanya ilusi
biarlah ianya sekadar duniawi
secebis jiwa yang kososng
dan sepi ini... ..

p/s ;>> jom lumba basikal..hehehe..poning wat sajak ni

sekolah orang tua2



p/s; sekolah orang dewasa GAMBAR OBJEK DI DEPAN TU SAMA TAPI PANDANGAN MASING2 BERBEZA..tu la manusia.terlalu mengikut kan nafsu dan ikut ikutan nenek moyang....muhamad s.a.w dulu bukan BUTA HURUF..tetapi buta terhadap hukum yang digunakan oleh hj.amru bukan hukum PENGATUR YANG MENCIPTAKAN..
selepas turun wahyu pertama baru muhamad mengerti..kebanyakkan filem dulu2 adaptsi AL QURAN.. PERHATIKAN DENGAN TENANG AGAR KITA MENDAPAT RAHMAT.

Sabtu, 7 Februari 2009

MARI KENAL FAHAM HAFAL NAMA




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat... "
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa


P/S TIAP2 ARI SY Postkan NAMA2 Allah YANG LAIN..ARINI HAFAL YANG 10 DULU..OK..SANGGUP KAN?HEHEHE

Jumaat, 6 Februari 2009

tanda2


4 tanda orang berakal

1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 macam pencarian

1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

p/s.saja cari artikel ni..menarik minat hati

sahabat perjuangan


sahabat yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah.
sahabat yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan sahabat,
untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya.

Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Rabu, 4 Februari 2009

insan @ pelupa


DAN sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam dan Kami sudah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut serta kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik serta Kami sudah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang sudah Kami ciptakan.� (al-Isra�:70)



p/s busy sgt arini maen2 x sempat nk kerja lak..MUHAMMAD S.A.W CKP sampaikan walaupun sepotong ayat..perhatikan dengan tenang moga2 mendapat rahmat.

Selasa, 3 Februari 2009

desa ini


Didesa ini
Kudengar kicau burung
Menyanyi Syahdu
Seperti hati ini
ketika melihat dunia yang kembali sepi

Didesa ini
Tiada apa - apa keriuhan
hanya sunyi sepi seperti hati ini

Disini jua kulihat
Kabus menyeliputi
Alam yang terhampar indah
seperti hati ini Lalu hati ku Bertanya ...


"Bilakah Kesunyian ini akan berakhir "
"Bilakah Kabus itu akan pergi "
Hati ku masih tertanya - tanya
Bila dan Bila

Adakah hanya sementara
Ataukah untuk selama-lamanya
Jika sementara ... Sampai bila
Jika selamanya... Itukah TAKDIRNYA
Semoga ku tabah menerima kenyataan dari-NYA... ..
Insyaallah kebangkitan AKAN tersingkap jua..

Isnin, 2 Februari 2009

teruskan berprinsip ( tegakkan AD Deen )



Orang yang tegas dengan prinsip,
dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang.
Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir,
dia dengan Tuhannya ( pengatur yang menciptakan ).
Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati.
Telah jadi mendarah daging.
Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya.
Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya.
Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya.

Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

Ahad, 1 Februari 2009

bahasa yang terindah ( AL QURAN )


Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan, Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.


~ Dato’ A Samad Said

pusaka 2 PERKARA MUHAMMAD ( bela janggut?)


Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu." INSYA ALLAH



p/s; pusaka nya ada 2 KITABBALLAH DAN SUNAH RASUL NYA..
adakah kita tau sunah nya tidak akan berubah ( xkan la pempuan nak bela janggut plak..hehehe kan sesat tu kalau pempuan xda janggut.hehehe .sila perhatikan ayat MUHAMMAD dengan teliti agar kalian mendapat rahmatNYA..kalian itu merangkumi umat lelaki dan pempuan..

ALLAH SELAMATKAN KAMU ( boH )




ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN SAHAAABT KU,,
ALLAH SELAMATKAN KAMU'


P/S BUAT TEMan2 yang hari lahirnya pada hari ini,,( 01/feb/1985 )
terutama sahabat seperjuangan..( boh )

Template by:
Free Blog Templates