Selasa, 31 Mac 2009

Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh akal semata-mata.

Dengan akal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan "mengajar'nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil lagi kecil

Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap "perkenalan'nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.

dan Hanya HATI yang boleh membezakan yang HAQ DAN BATIL...

FIRMANNYA...DALAM SURAH AN NAHL(16)
Ayat 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur

2 ulasan:

  1. kadang2 kit asnagat boleh dengar hati kita yang berkata walau tak terluah,hati yang menangis walau air mata tak mengalir..ajaibnya hati ini..sagala ada..terima kasih atas prkongsian ni

    BalasPadam
  2. fahana..sma2...ada apa pada hati...hanya segumpal darah yang dicptakan untuk membezakan...

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates