Sabtu, 31 Januari 2009

etika main2 ( kerja hanya untuk Allah )




Islam tidak suka umatnya menganggur dan hanya menunggu rezeki disuapkan ke mulut. Sebaliknya Islam menuntut umatnya bekerja mencari rezeki halal bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan itu, terdapat lima etika kerja yang perlu dipatuhi bagi memastikan bahawa rezeki yang kita dapat itu ada keberkatannya:

IKHLAS DAN AMANAH
Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukurlah juga kerana dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Quda)

CEKAP DAN TEKUN
Antara ciri-ciri pekerja yang baik adalah cekap dan tekun. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)

BEKERJASAMA
Kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga memerlukan orang lain untuk melancarkan kerja. Kerana itulah perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam kerja. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan." (Surah Al-Maidah:2)

MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH
Dalam melaksanakan kerja, amat penting untuk kita tanamkan dalam hati, bahawa kerjaya itu adalah amanah Allah. Kerja itu juga adalah sebahagian ibadah kita kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahalu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah:21)

PEKERJAAN HALAL
Hal ini juga tdak kurang penting kerana setiap wang yang kita peroleh akan menjadi darah daging kita. Justeru, pastikan bahawa kerja yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana daging (tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan jadi makanan api neraka!

Jumaat, 30 Januari 2009

indahnya dunia

adakah islam indah



ada 2 pandangan ;;;;>>>>>

“Islam itu indah? Apa sebenarnya yang kamu hendak ceritakan ni? Dalam Islam, kami terkongkong..tak boleh itu tak boleh ini, kena buat itu, kena buat ini, apa yang indahnya dengan Islam? Sebab itu lah kami langgar saja..bila kami tak buat apa yang Islam suruh buat, bila kami buat apa yang Islam larang, waktu itu barulah kami rasa indahnya hidup kami.” komen sekumpulan umat apabila diminta komen berkenaan indahnya Islam.

“Ya Islam itu indah. Dalam Islam, penganutnya ditunjukkan panduan hidup Atau ADDEEN yang paling sesuai berbanding dengan cara hidup yang lain. Dengan mengikut panduan ini, hidup menjadi selamat, mudah, tersusun dan adil. Maka dengan itu, hasilnya kami merasakan hidup kami sentiasa indah. Ditambah lagi dengan tenangnya hidup apabila kami sentiasa mengingat Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Kami tahu, setiap apa yang berlaku, setiap apa yang wujud di dunia ini, semuanya dari Dia. Maka, walaupun ada kesusahan dan musibah berlaku, kami tetap mampu tersenyum, kerana banyak nikmat telah kita dapat daripada Dia, setakat susah sedikit, musibah sedikit, ia tidak terbanding dengan nikmat kesenangan yang terlalu banyak. Sangat indah hidup kami dengan Islam.” komen sekumpulan umat yang lain.




Saudara-saudari sekalian, agaknya kenapa dua pandangan berbeza ini berlaku? Apa yang saya nampak ialah, kerana bezanya cara mereka memandang Islam itu. Kumpulan pertama memandang Islam sebagai suatu kongkongan daripada mendapatkan keindahan hidup, manakala kumpulan kedua memandang Islam sebagai suatu cara mendapatkan keindahan hidup( SISTEM HIDUP YANG SEJAHTERA ). Dan cara memandang keindahan hidup juga berbeza. Kumpulan pertama memandang kebahagiaan hidup dirinya, itulah indahnya hidup. Manakala kumpulan ke dua memandang kebahagian hidup dirinya, serta orang lain, itulah salah satu keindahan dalam hidup.

Selain itu, pandangan-pandangan kepada Islam itu juga tidak dapat lari daripada keadaan hidup umat Islam itu sendiri. Orang memandang Islam dengan melihat cara hidup umatnya. Sedangkan sepatutnya untuk memandang Islam yang sebenar ialah dengan melihat cara hidup yang sepatutnya diamalkan oleh umatnya. Ini kerana hidup umat Islam sekarang ini tidak lagi seperti hidup umat Islam yang sepatutnya, iaitu seperti pada zaman baginda Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام , para sahabat dan beberapa generasi-generasi selapas sahabat. Hidup umat Islam hari ini telah terpengaruh dengan cara hidup yang lain yang mana mereka selesa dan seronok dengan cara itu.

Maka, untuk kita mengindahkan, mencantikkan hidup kita..maka kita perlulah perbetulkan dahulu cara kita memandang Islam itu. Pandanglah Islam sebagai satu cara hidup yang terbaik, yang paling betul dan yang paling sesuai untuk dijadikan cara hidup seharian kita.

Untuk membersihkan pandangan kita terhadap Islam itu, kita perlulah menggilap semula mata hati kita daripada segala kekaburan dan halangan-halangan yang menghalang mata hati kita daripada memandang Islam itu dengan pandangan yang betul.

Untuk menggilap semula mata hati kita, perlulah kita menyemaikan cinta kepada Islam di dalam hati. Untuk kita menyemai cinta kepada Islam, kita perlulah kenali terlebih dahulu apa itu Islam sebenarnya. Apabila cinta kita kepada Islam telah disemai di dalam hati, tanamkanlah pula benih-benih Iman dengan sentiasa mengamalkan apa yang telah kita kenali itu. Apabila telah tertanam benih-benih Iman, iaitu apabila kita telah mengamalkan Islam itu, bajailah takwa pula kepadanya dengan sentasa mengingati Alloh setiap hari.

Mudah-mudahan dengan semua usaha ini, kita dapat mengecapi keindahan Islam itu, kita dapat buahnya hasil daripada semaian, tanaman dan baja kita itu.

InsyaAlloh, saya akan sambung selepas ini, bagaimana sebenarnya cara mengenali Islam, menanam benih-benih Iman dan menabur baja-baja takwa itu. Semoga Alloh panjangkan umur saya untuk menulisnya nanti. Akhir kata buat masa ini, cubalah kita renungkan semula, bagaimana sebenarnya cara kita memandang Islam itu? Berilah jawapan sejujurnya dan nilaikanlah pula betul salahnya jawapan itu.

Cuba ambil salah satu perkara di dalam Islam, kemudian kita nilaikan..bagaimana kita memandangnya. Sebagai contoh, bagaimana kita memandang ibadah Solat? Adakah kita pandangnya sebagai suatu ibadah yang menjadi tiang yang menegakkan hidup kita, lalu kita zahirkan dengan sentiasa cuba menunaikan Solat Fardhu diawal waktu dan menyertai jemaah di surau-surau dan masjid-masjid berdekatan, selain itu kita tambah dengan Solat sunat. Atau adakah kita pandang ibadah Solat itu sebagai suatu ibadah yang tak penting..ibarat alas kaki menjadi tempat pijak di dalam hidup kita, lalu kita zahirkan dengan selalu meninggalkkannya, mengabaikan dengan Solat pada akhir waktu,( HARI NAK SIANG )p/s ni nasihat untuk diri saya jugak..hehe

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat. Mohon maaf

MENCARI TITIK PERSAMAAN dalam PERBEZAAN.. SEBARKAN PERDAMAIAN,

Khamis, 29 Januari 2009

ada mAGIX dengan nama ALLAH ?


Berkat di sebalik kalimat 'Bismillah'

ADA seorang tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek:
�Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.

� Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata:
�Suatu hari nanti aku akan buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
� Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata:
�Simpan duit ini.
� Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian denyan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya memanggil isterinya dan berkata:

�Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.
� Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia membuka sambil membaca,

Bismillahirrahmanirrahim.�

Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya,
dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.



p/s ;;; >>. itu semua kuasa ALLah.. pesan muhamad dulu setiap perbuatan itu mesti di AWALI dulu dengan bismillahhirahmanirahim.. jika tidak segala amalanya tertolak,, nape ek ???
perbuatam Atau ringkasnya IBADAH msti di awali Dengan Berbasmalllah..?
mudah je... SEbab ALLAH nak manusia kaji dengan nama ALLah atau menghubung kan dengan ikatan kepada NYA mampu membuat manusia mengenal bagaimana MAHA PEMURAH NYA ALLAH IAITU MENGAJARKAN AL QURAN DAN MENCIPTAKAN MANUSIA...

impian seorang NELAYAN ( kenapa NELAYAN )

KELAPA ATAU MUTIARA







Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya..Harganya mahal sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Rabu, 28 Januari 2009

NO TENSION



THE MOMENT YOU ARE IN TENSION ,

YOU WILL LOSE YOUR ATTENTION ,

THEN YOU ARE IN TOTAL CONFUSION ,

AND YOU'LL FEEL IRRITATION ,

THEN YOU'LL SPOIL PERSONAL RELATION ,

ULTIMATELY , YOU WON'T GET COOPERATION ,

THEN YOU'LL MAKE THINGS COMPLICATION ,

THEN YOUR BP MAY RISE CAUTION ,

AND YOU MAY HAVE TO TAKE MEDICATION ,


INSTEAD , UNDERSTAND THE SITUATION ,

AND TRY TO THINK ABOUT THE SOLUTION ,

MANY PROBLEMS WILL BE SOLVED BY DISCUSSION ,

WHICH WILL WORK OUT BETTER IN YOUR PROFESSION ,

DON'T THINK IT'S MY FREE SUGGESTION ,

IT IS ONLY FOR YOUR PREVENTION ,

IF YOU UNDERSTAND MY INTENSION ,

YOU WON'T COME AGAIN TO TENSION..!!

Selasa, 27 Januari 2009

Buat mereka yang tidak tahu ( the holy alQuran )





PERISTIWA WTC AMERIKA SYARIKAT



Satu penemuan terbaru yang menakjubkan mengenai kehebatan Al Quran.Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi. Ramai saintis Barat telah menganut Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman. Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu). Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut: Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat Tarikh kejadian: 11 haribulan Bulan: 9 Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al Quran: Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar, beberapaayat telah diturunkan. Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuhIslam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong.

Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara'ah). Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September: Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat) Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan) Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9) Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001 (kejadian berlaku dalam tahun 2001)

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika itu tidaklah kita ketahui. Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna ayat, maka kita boleh mengambil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut: "Pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil daripada maknanya yang umum dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus."

Wallahu a'lam bissawab.

DI MANA SILAP NYA






Bermulanya Era Kegemilangan

Alhamdulillah, alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah, dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dibekalkan nikmat iman dan islam. Syukur pada Allah, kerana dalam suasana masyarakat yang keras, kasar , dan kadang-kadang terutama musim summer , pakaian yang ada sangat menguji iman kita, tapi dalam keadaan macam ni, Allah masih lagi kekalkan iman dan islam pada diri kita. Kita patut bersyukur dengan iman dan islam pada diri kita, kerana dalam ramai-ramai manusia di atas muka bumi ni, kita yang Allah pilih untuk kekal di dalam iman dan islam.

Kita patut berbangga dengan agama yang kita anuti ini, kerana agama ini punyai sejarah yang amat gemilang yang tiada pada sejarah tamadun agama lain. Agama yang pernah menguasai 2/3 bumi di bawah pemerintahannya. Kerana apa kita gemilang sebegitu?.. kerana agama kita mementingkan ilmu dan pengkajian. Bermula di Makkah, ayat pertama Allah turunkan Iqra , bacalah,kajilah,berilmulah . 13 tahun perkara ni terpahat di hati orang-orang beriman , mereka sedaya upaya mengamalkan wahyu petama ini. Mereka berusaha dalam kepayahan menjaga iman di bumi Makkah ketika itu. Kemudian, setelah 13 tahun, kita berjaya membuka sebuah negara islam pertama. Mana ada dalam dunia ni, sebuah anutan baru yang berjaya membina sebuah negara dalam sebuah masa yang sesingkat ini. Kerana itu, kita patut berbangga dengan fakta ini. Setelah itu, dalam 10 tahun di madinah, umat islam pada ketika haji wida’ yang hampir 100 000 orang. Cuba kita banding dengan waktu ketika perang badar yang ketika itu hanya 313 orang yang hadiri perang. Sungguh, tiada agama yang lebih mulia dari agama ini dalam membawa kejayaan pada manusia.

Zaman Khalifah

Kemudian pula, kita menyusuri lagi pada pemerintahan Umar alkhattab, apa jadi pada zaman itu?..Kita berjaya menawan dan membuka Palestin. Ya, kita berjaya menakluk tanah suci kita , kiblat pertama kita . Cuba kita banyangkan, sebelum Islam, kuasa besar yang ada pada ketika itu adalam Rome dan Parsi. Kalau korang perhati, dua kuasa besar ni ketika tu, takde niat langsung nak kuasai tanah arab. Tiada niat langsung, kerana apa?.kerana mereka tahu arab tiada tamadun, dengan pembunuhan anak-anak perempuan, suka berperang , dan pelbagai lagi yang menyebabkan mereka merasakan tiada keuntungan untuk menguasai orang arab ketika itu. Tapi, setelah hampir 30 tahun Islam datang, bangsa Arab menjadi mulia, mereka memegang Islam dengan kuat, Kita ketika itu menjadi ancaman pula kepada Parsi dan Rome.

Selepas berakhir 4 khalifah kita, naik pula kerajaan Bani Umayyah, empayarnya sangat luas, paling gemilang ketika zaman Umar abdul Aziz , yang mana ketika itu, dalam empayar Islam, hampir tiada orang yang layak menerima zakat! Kita boleh lihat, betapa rahmatnya Islam bila ia memerintah alam ini. Mana ada negara dalam dunia ni, yang kayanya mereka , rakyat tidak perlu meminta sedekah, tidak perlu mengharap pada orang lain. Tapi ketika kita memerintah dulu, kita berjaya buktikan, Islam betul-betul rahmat untuk manusia.

Kerajaan Abbasiyah

Jatuh kerajaan Umayyah, naik pula Kerajaan Abbasiah, tengok, Islam ini tidak berhenti. Bila jatuhnya ia, diganti dengan sesuatu yang lebih baik.Kalau kita tengok kegemilang kerajaan ini, nak tahu betapa gemilangnya kerajaan ini, kita tengok masa kejatuhan kota baghdad kepada kerajaan Monghul. Habis sungai Furat sungai yang ada di kota banghdad ketika itu berwarna hitam. Hitam kenapa??..kerana semua buku-buku dari khutub khanah (perpusatakaan negara) diselongkar dan dihumban ke dalam sungai menyebabkan dakwat dari buku-buku cair semula dan menghitamkan sungai di kota baghdad. Ketika kerajaan Abbasiah ini, kita lihat Islam sudah berada hampir dari timur ke barat. Islam sudah sampai ke China, pemerintahan Islam meliputi dari timur , atas India, sehingga ke Maghribi ,Morocco yang terletak di barat afrika, atas dia Sepanyol . Kalau kita ke sana, kita akan lihat sebuah bukit di situ, dinamakan Gibraltar, diambil dari nama seorang Panglima Perang Islam ketika itu yang membawa Islam ke sana, yang asalnya dinamakan Jabal Thoriq. Ya, Thoriq bin Ziad.

Dalam masa Kerajaan Abbasiah di Baghdad naik, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Kita boleh lihat keindahan kota Granada. Masa ni, Cordova menjadi aset penting pada Eropah. Menjadi pusat ilmu. Cordova ketika itu cukup penting. Punyai university. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. Masyaallah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di sepanyol ni lah, bermulanya pencelikan di barat, mereka memulakan kerja-kerja mentranslate tanskrip-tanskrip dari arab dan latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, mereka berdiri di atas kejatuhan kita.
Dan ketika Empayar Abbasiyah memerintah, Baghdad menjadi pusat ilmu . University yang berada di Baghdad, menjadi tumpuan dunia, kalau kita zaman ni, kalau orang tanya belajar mana, kalau kita cakap Oxford ke, Harvad ke, mesti orang tabik punye, atau hormat, begitulah zaman tu. Sesiapa yang dapat belajar di Baghdad, menjadi suatu simbol kebanggaan Suatu simbol keilmuan.

Kerajaan Usmaniyah

Kemudian, tidak lama selepas itu, berlakunya kejatuhan Baghdad, dan selepas kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah, hampir dalam lingkungan 40 tahun kemudian, muncul semula satu kerajaan Islam yang lebih unggul. Umat Islam bila sudah jatuh kerajaan Islam itu, kita merangka semula pembinaan ummah kita.Itulah kerajaan Islam Osmaniyah. Masa empayar osmaniyah ni la , kita berada di kemuncak. Suasana ilmu, tamadun, politik, ketenteraan, berada di puncak ketika era Sultan Muhammad ke-2 , yang mana pada zaman beliau, mereka berjaya membuka kota constantinople pada 29 Mei 1453. Pusat empayar Byzantine, Rome timur. Ketika berlaku peperangan ini, tentera-tentera Islam menggunakan meriam yang paling dahsyat dibuat pada zaman tersebut. Bukti kegemilangan ilmu berada di puncak. Dan tentera-tentera Sultan Muhammad inilah yang disebut Nabi Muhammad dalam sabdanya “lataftihannal qostantiniyyah…..ila akhir” yang bermaksud ‘akan dibuka kota constantinople dengan sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemerintah” . Dan terbukti pada zaman Sultan Muhammad kedua ini. Dengan pembukaan kota ini, beliau digelar Sultan Muhammad Alfateh - Muhammad Pembuka .

Kalau kita menyusuri sejarah pembukaan kota ini, ia bermula zaman Muawiyah lagi, tetapi kerana ketika itu, kita tidak ada kekuatan tentera untuk menembusi kota ini, maka kesemuanya kecundang. Setiap kali kecundang, kita kaji lagi bagaimana untuk serangan seterusnya. Umat Islam semangat untuk merealisasikan hadis Nabi. Dan kemuncak ilmu pengetahuan inilah , pada zaman Sultan Muhammad Alfateh , terbukti kegemilangan ilmu itu.

Selepas dari itu, umat islam melalui zaman yang penuh pancaroba. Semakin lama, makin hanyut. Hanyut dengan kekuatan,hanyut dengan kekayaan,hanyut dengan hiburan. Sehingga mengabaikan kekuatan ilmu. Banyak mencari hiburan. Sehingga akhirnya, kemuncak kehinaan ummah ini, ketika berakhirnya pemerintahan khalifah Islam pada tahun 1924. Bermula dari itu, kita umat Islam terus dihina, terus berada di bawah kerana tiada kesatuan antara kita. Kita menjadi ummat yang hanya tahu mengguna, bukan menghasilkan produk.

Dulu kita mulia kerana kita pegang Islam dan kita punya ilmu. Kita punya segala.

Peranan Kita


Dan kini, kita pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara, kita yang berada di BUMI KEINGKARAN MALAYSIA, kene belajar bersungguh-sungguh. kita cedok kembali ilmu-ilmu yang dahulunya pernah menjadi milik umat Islam. Setiap hikmah kebijaksanaan adalah milik kita. Maka kita perlu kutip setiap satu untuk mengembalikan ummah kita ke arah kegemilangan sepertimana suatu ketika dahulu. Korang semua yang ambil engineering, dan korang belajar cara buat kapal terbang, belajar betul-betul. Kaut semua sekali. Kami yang bakal doktor ni, akan berkhidmat dan turun kepada masyarakat, manakala korang semua sebagai benteng kepada masyarakat. Korang kena bawak balik ilmu buat kapal terbang pejuang. Korang berada dibarisan hadapan dalam mempertahankan negara di mana kita akan mencipta sendiri jet pejuang kita sendiri.Kita tak perlu import dari negara-negara lain. Jadi kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang kita belajar sekarang. Kitalah yang akan kembalikan kegemilangan Islam. aku harap kita belajar betul-betul, kuasai betul-betul ilmu yang dipelajari. Pegang agama kita betul-betul . Jangan lalai di negara yang tiada agama ini.Dan aku rasa, cukup kot setakat tu, lama dah rasa. Maaf ye, aku kalau cerita pasal sejarah ni, tak tahu camne nak berhenti. Selalu nak cerita sampai habis.

yang penting

SEBARKANA BUDAYA TOLENRANSI DAN PERDAMAIAN
AGAR SUATU MASA NANTI ISLAM KEMBALI BERSINAR DAN GEMILANG

Isnin, 26 Januari 2009

kekasih hati ku hilang

p/s.. hanya untuk Mu...puas u mencari tajuk lagu ni..MUNAJAT CINTA

RAMA2 @ KUPU2




KISAHNYA BEGINI .. Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang. Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut. Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha PEMURAH dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal.. Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang. Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti. Begitulah cara Tuhan membimbing Kita… Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ? Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita. YANG PENTING AMBIL PELAJARAN DARI KEHIDUPAN KUPU2

Ahad, 25 Januari 2009

APA ERTI SABAR ( MENGURUT DADA? )



1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)2


2.Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200)

3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127)

4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)


6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhay� iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.

9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)

11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."

12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:

"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)

Sabtu, 24 Januari 2009

terima kasih ALLAH







TERIMA KASIH WAHAI RABBKU
YANG SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA
MEMBENARKAN AKU MENGHADAPMU
RABB YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

UNTUK BERCAKAP DENGANMU
MENGIZINKAN KU MINTA PADAMU
MEMUJA MEMUJI SEPENUH HATIKU
MEMOHON MUNAJAT PADAMU YA RABBI

TAPI AKU KHUATIR... KETIKA MENGHADAPMU
TIDAK PULA PANDAI BERADAB DENGANMU
AKU MULA BIMBANG... KALAU AKU DERHAKA
DALAM KETAATAN... BUKAN RAHMAT DARIMU YANG KU DAPAT
TAPI KU KAN DAPAT KEMARAHANMU
YA RABBAL ALAMIN MAAFKANLAH AKU...

BIAR SEKALIAN ALAM MENGERTI MAKSUD AYAT2 CINTA MU

Jumaat, 23 Januari 2009

UTUSAN ALLAH YANG TERAKHIR

Bangsa Melayu atau rumpun Melayu di Nusantara, semacam tercari-cari siapa sebenarnya contoh atau teladan terbaik yang boleh diikut dan ditiru. Bagi bangsa Melayu atau rumpun Melayu Nusantara yang Islam dan beriman, mereka tidak perlu tercari-cari lagi siapa contoh dan teladan terbaik kepada mereka. Sebab Allah melalui Kitab Suci-Nya, Al Quran telah menjelaskan siapa contoh terbaik bagi umat Islam yang beriman itu.

Umat Islam Malaysia, khususnya orang Melayu Islam, Cina Islam, India Islam, Iban Islam, Kadazan Islam, Murut Islam, Bajau Islam, Iranun Islam, Brunei Islam, Jawa Islam, Bugis Islam, Thai Islam, Melanau Islam, Lendayuh Islam, Kedayan Islam, Bisaya Islam, Dusun Islam, Batak Islam, orang Asli Islam dan siapa sahaja yang Islam... ... ..tiada contoh terbaik lain, kecuali Rasulullah s.a.w. Ini yang Allah sebut dalam Kitab-Nya, Al Quran dalam Surah Al Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun, tetapi beliau meninggalkan para sahabat yang mewarisi cara hidup, kepimpinan, pengurusan dan budaya atau gaya hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya pun sudah meninggalkan kita, tetapi Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Para Ulama itu adalah pewaris para Anbiyaa".

Jadi, tiada alasan lagi untuk kita mencari contoh ikut yang lain selain yang telah dinyatakan ini.

Mahu menjadi baik dan terbaik contohilah peribadi, cara fikir, cara kehidupan, kepimpinan dan gaya hidup Rasulullah s.a.w, para sahabatnya dan para ulama yang mewarisi kehidupan, kepimpinan dan cara fikir Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Rasulullah s.a.w tidak ada satu Hadithnya yang menyuruh kita mencontohi cara hidup atau gaya dan budaya hidup orang-orang musyrik, Yahudi, Nasrani dan Majusi. Malah dalam satu Hadithnya disebutkan supaya umat Islam berbeza dengan mereka hatta dalam perkara kecil seperti memasang janggut dan misai.

Kesimpulannya, janganlah kita, terutama anak-anak remaja, muda-mudi, belia-belia dan pelajar-pelajar Islam mudah sangat terikut-ikut dengan gaya hidup, gaya berpakaian, cara hidup atau cara fikir orang-orang musyrik, Yahudi, Nasrani dan lain-lain yang jelas ia bukan dari sumber ajaran Islam.

Dalam sebuah Hadithnya, Rasulullah s.a.w ada menegaskan sabdanya yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya". (HR Imam Malik dan Muslim).


Umat Islam jangan mudah menerima apa saja trend pembaharuan yang ditaja oleh kumpulan Qarun, Firaun, Namrud, Abdullah Saba', Musailamatul Kazab dan kroni-kroni mereka di abad 21.

Ingatkan anak-anak kita, isteri/suami, ahli keluarga, jiran, sahabat dan kawan-kawan. Tidak rugi memberikan peringatan sesama Islam dan orang-orang beriman.


PERKEMBANGKAN BUDAYA PERDAMAIAN DAN TOLENRANSI SEPERTI MANA MUHAMMAD S.A.W MELAKSANAKAN

Khamis, 22 Januari 2009

ISKANDAR ZULKARNAIN OR ALEXANDER THE GREAT



P/S INI CUMA PELAKON JE..YANG BETUL ALEXANDER MUNGKIN LEBIH DARI APA YANG DI GAMBARKAN



16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.

Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.

Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.

Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.

Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam..

Kisah-kisah lain
Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.

Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.

Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.

Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam..

Raja Iskandar berasal dari Parsi?
Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.

Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.

Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.

Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.

Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana.

Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.

Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.

Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.

Baginda bukan milik Timur dan Barat
Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.

Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.

Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.

Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam..

Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.

Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.

Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.

Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam..

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.

Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.

Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam..

Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Yakjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.



ISKANDAR MENAKLUK DUNIA DENGAN BUDAYA PERDAMAIAN DAN TOLENRANSI WALAUPUN PEPERANGAN BANYAK BERLAKU IA BERBEZA DENGAN ALEXANDER

Template by:
Free Blog Templates