Sabtu, 4 April 2009

hijrah ( pindah )




Hijrah kita bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hati ubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan Penciptanya.
Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,
tapi...
Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara
sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik.

3 ulasan:

  1. penuh simbolik dan makna tersirat.
    thanx for sharing..
    aku semakin menjadi 'manusia' bila terlalu banyak membaca kata2 yang begitu membangkit semangat.
    thanx again..
    saling mengingatkan..

    BalasPadam
  2. 'Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik'
    -btolla ayat ni..kekadang kita tak sedar..makin dkt dan nak cuba hampiri DIA,makin sukar rasenye..makin tak kuat kekadang..masih trus mncuba kuatkan..

    (LOL-Pearls dah rajin ke sini:)..salam diskusi LOL..hehe

    BalasPadam
  3. LOL..SAMA2.. tiada ayat seindah ayat penciptaNYA.

    fahana...sikap itu perlu penekanan..kdg2 kita terikut kan nafsu..kalau terikut mennjukkan kita masih tidak faham pencipta kita..aku pun sama.huuhu

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates