Jumaat, 23 Januari 2009

UTUSAN ALLAH YANG TERAKHIR

Bangsa Melayu atau rumpun Melayu di Nusantara, semacam tercari-cari siapa sebenarnya contoh atau teladan terbaik yang boleh diikut dan ditiru. Bagi bangsa Melayu atau rumpun Melayu Nusantara yang Islam dan beriman, mereka tidak perlu tercari-cari lagi siapa contoh dan teladan terbaik kepada mereka. Sebab Allah melalui Kitab Suci-Nya, Al Quran telah menjelaskan siapa contoh terbaik bagi umat Islam yang beriman itu.

Umat Islam Malaysia, khususnya orang Melayu Islam, Cina Islam, India Islam, Iban Islam, Kadazan Islam, Murut Islam, Bajau Islam, Iranun Islam, Brunei Islam, Jawa Islam, Bugis Islam, Thai Islam, Melanau Islam, Lendayuh Islam, Kedayan Islam, Bisaya Islam, Dusun Islam, Batak Islam, orang Asli Islam dan siapa sahaja yang Islam... ... ..tiada contoh terbaik lain, kecuali Rasulullah s.a.w. Ini yang Allah sebut dalam Kitab-Nya, Al Quran dalam Surah Al Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun, tetapi beliau meninggalkan para sahabat yang mewarisi cara hidup, kepimpinan, pengurusan dan budaya atau gaya hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya pun sudah meninggalkan kita, tetapi Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Para Ulama itu adalah pewaris para Anbiyaa".

Jadi, tiada alasan lagi untuk kita mencari contoh ikut yang lain selain yang telah dinyatakan ini.

Mahu menjadi baik dan terbaik contohilah peribadi, cara fikir, cara kehidupan, kepimpinan dan gaya hidup Rasulullah s.a.w, para sahabatnya dan para ulama yang mewarisi kehidupan, kepimpinan dan cara fikir Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Rasulullah s.a.w tidak ada satu Hadithnya yang menyuruh kita mencontohi cara hidup atau gaya dan budaya hidup orang-orang musyrik, Yahudi, Nasrani dan Majusi. Malah dalam satu Hadithnya disebutkan supaya umat Islam berbeza dengan mereka hatta dalam perkara kecil seperti memasang janggut dan misai.

Kesimpulannya, janganlah kita, terutama anak-anak remaja, muda-mudi, belia-belia dan pelajar-pelajar Islam mudah sangat terikut-ikut dengan gaya hidup, gaya berpakaian, cara hidup atau cara fikir orang-orang musyrik, Yahudi, Nasrani dan lain-lain yang jelas ia bukan dari sumber ajaran Islam.

Dalam sebuah Hadithnya, Rasulullah s.a.w ada menegaskan sabdanya yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya". (HR Imam Malik dan Muslim).


Umat Islam jangan mudah menerima apa saja trend pembaharuan yang ditaja oleh kumpulan Qarun, Firaun, Namrud, Abdullah Saba', Musailamatul Kazab dan kroni-kroni mereka di abad 21.

Ingatkan anak-anak kita, isteri/suami, ahli keluarga, jiran, sahabat dan kawan-kawan. Tidak rugi memberikan peringatan sesama Islam dan orang-orang beriman.


PERKEMBANGKAN BUDAYA PERDAMAIAN DAN TOLENRANSI SEPERTI MANA MUHAMMAD S.A.W MELAKSANAKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates