Khamis, 29 Januari 2009

ada mAGIX dengan nama ALLAH ?


Berkat di sebalik kalimat 'Bismillah'

ADA seorang tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek:
�Asyik-asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.

� Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata:
�Suatu hari nanti aku akan buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
� Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata:
�Simpan duit ini.
� Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian denyan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya memanggil isterinya dan berkata:

�Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.
� Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia membuka sambil membaca,

Bismillahirrahmanirrahim.�

Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya,
dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.



p/s ;;; >>. itu semua kuasa ALLah.. pesan muhamad dulu setiap perbuatan itu mesti di AWALI dulu dengan bismillahhirahmanirahim.. jika tidak segala amalanya tertolak,, nape ek ???
perbuatam Atau ringkasnya IBADAH msti di awali Dengan Berbasmalllah..?
mudah je... SEbab ALLAH nak manusia kaji dengan nama ALLah atau menghubung kan dengan ikatan kepada NYA mampu membuat manusia mengenal bagaimana MAHA PEMURAH NYA ALLAH IAITU MENGAJARKAN AL QURAN DAN MENCIPTAKAN MANUSIA...

4 ulasan:

  1. Bismillahirahmanirrahim

    "Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang".
    Salam Jumaat En Nazirul Mubin.

    BalasPadam
  2. civicpower suka beri salam jumaat..em,kekadang terlupa memang rasa tak seronok bile wat kerja..mula di awal pagi membaca doa bangun tido dan niat untuk satu hari seterusnya berusaha mengucapkan dalam apa jua kerja..aku masih berusaha

    BalasPadam
  3. cayok........keh keh keh.hujung minggu nie ramai2 turun melake kayuh beskal

    BalasPadam
  4. civic: maha pemurah allah ( al akram ar rahman )
    slm jumaat gak

    farhana_an : teruskn shbt ku.. jom berbskl..hehe

    pendekar : tq singgah baru nk bljr wt..mggu ni sy berbskl kt perlis je..pg mata ayer...jauh gak 30km-45km...nk tgok bskl leh?

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates