Selasa, 27 Januari 2009

DI MANA SILAP NYA






Bermulanya Era Kegemilangan

Alhamdulillah, alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah, dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dibekalkan nikmat iman dan islam. Syukur pada Allah, kerana dalam suasana masyarakat yang keras, kasar , dan kadang-kadang terutama musim summer , pakaian yang ada sangat menguji iman kita, tapi dalam keadaan macam ni, Allah masih lagi kekalkan iman dan islam pada diri kita. Kita patut bersyukur dengan iman dan islam pada diri kita, kerana dalam ramai-ramai manusia di atas muka bumi ni, kita yang Allah pilih untuk kekal di dalam iman dan islam.

Kita patut berbangga dengan agama yang kita anuti ini, kerana agama ini punyai sejarah yang amat gemilang yang tiada pada sejarah tamadun agama lain. Agama yang pernah menguasai 2/3 bumi di bawah pemerintahannya. Kerana apa kita gemilang sebegitu?.. kerana agama kita mementingkan ilmu dan pengkajian. Bermula di Makkah, ayat pertama Allah turunkan Iqra , bacalah,kajilah,berilmulah . 13 tahun perkara ni terpahat di hati orang-orang beriman , mereka sedaya upaya mengamalkan wahyu petama ini. Mereka berusaha dalam kepayahan menjaga iman di bumi Makkah ketika itu. Kemudian, setelah 13 tahun, kita berjaya membuka sebuah negara islam pertama. Mana ada dalam dunia ni, sebuah anutan baru yang berjaya membina sebuah negara dalam sebuah masa yang sesingkat ini. Kerana itu, kita patut berbangga dengan fakta ini. Setelah itu, dalam 10 tahun di madinah, umat islam pada ketika haji wida’ yang hampir 100 000 orang. Cuba kita banding dengan waktu ketika perang badar yang ketika itu hanya 313 orang yang hadiri perang. Sungguh, tiada agama yang lebih mulia dari agama ini dalam membawa kejayaan pada manusia.

Zaman Khalifah

Kemudian pula, kita menyusuri lagi pada pemerintahan Umar alkhattab, apa jadi pada zaman itu?..Kita berjaya menawan dan membuka Palestin. Ya, kita berjaya menakluk tanah suci kita , kiblat pertama kita . Cuba kita banyangkan, sebelum Islam, kuasa besar yang ada pada ketika itu adalam Rome dan Parsi. Kalau korang perhati, dua kuasa besar ni ketika tu, takde niat langsung nak kuasai tanah arab. Tiada niat langsung, kerana apa?.kerana mereka tahu arab tiada tamadun, dengan pembunuhan anak-anak perempuan, suka berperang , dan pelbagai lagi yang menyebabkan mereka merasakan tiada keuntungan untuk menguasai orang arab ketika itu. Tapi, setelah hampir 30 tahun Islam datang, bangsa Arab menjadi mulia, mereka memegang Islam dengan kuat, Kita ketika itu menjadi ancaman pula kepada Parsi dan Rome.

Selepas berakhir 4 khalifah kita, naik pula kerajaan Bani Umayyah, empayarnya sangat luas, paling gemilang ketika zaman Umar abdul Aziz , yang mana ketika itu, dalam empayar Islam, hampir tiada orang yang layak menerima zakat! Kita boleh lihat, betapa rahmatnya Islam bila ia memerintah alam ini. Mana ada negara dalam dunia ni, yang kayanya mereka , rakyat tidak perlu meminta sedekah, tidak perlu mengharap pada orang lain. Tapi ketika kita memerintah dulu, kita berjaya buktikan, Islam betul-betul rahmat untuk manusia.

Kerajaan Abbasiyah

Jatuh kerajaan Umayyah, naik pula Kerajaan Abbasiah, tengok, Islam ini tidak berhenti. Bila jatuhnya ia, diganti dengan sesuatu yang lebih baik.Kalau kita tengok kegemilang kerajaan ini, nak tahu betapa gemilangnya kerajaan ini, kita tengok masa kejatuhan kota baghdad kepada kerajaan Monghul. Habis sungai Furat sungai yang ada di kota banghdad ketika itu berwarna hitam. Hitam kenapa??..kerana semua buku-buku dari khutub khanah (perpusatakaan negara) diselongkar dan dihumban ke dalam sungai menyebabkan dakwat dari buku-buku cair semula dan menghitamkan sungai di kota baghdad. Ketika kerajaan Abbasiah ini, kita lihat Islam sudah berada hampir dari timur ke barat. Islam sudah sampai ke China, pemerintahan Islam meliputi dari timur , atas India, sehingga ke Maghribi ,Morocco yang terletak di barat afrika, atas dia Sepanyol . Kalau kita ke sana, kita akan lihat sebuah bukit di situ, dinamakan Gibraltar, diambil dari nama seorang Panglima Perang Islam ketika itu yang membawa Islam ke sana, yang asalnya dinamakan Jabal Thoriq. Ya, Thoriq bin Ziad.

Dalam masa Kerajaan Abbasiah di Baghdad naik, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Kita boleh lihat keindahan kota Granada. Masa ni, Cordova menjadi aset penting pada Eropah. Menjadi pusat ilmu. Cordova ketika itu cukup penting. Punyai university. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. Masyaallah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di sepanyol ni lah, bermulanya pencelikan di barat, mereka memulakan kerja-kerja mentranslate tanskrip-tanskrip dari arab dan latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, mereka berdiri di atas kejatuhan kita.
Dan ketika Empayar Abbasiyah memerintah, Baghdad menjadi pusat ilmu . University yang berada di Baghdad, menjadi tumpuan dunia, kalau kita zaman ni, kalau orang tanya belajar mana, kalau kita cakap Oxford ke, Harvad ke, mesti orang tabik punye, atau hormat, begitulah zaman tu. Sesiapa yang dapat belajar di Baghdad, menjadi suatu simbol kebanggaan Suatu simbol keilmuan.

Kerajaan Usmaniyah

Kemudian, tidak lama selepas itu, berlakunya kejatuhan Baghdad, dan selepas kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah, hampir dalam lingkungan 40 tahun kemudian, muncul semula satu kerajaan Islam yang lebih unggul. Umat Islam bila sudah jatuh kerajaan Islam itu, kita merangka semula pembinaan ummah kita.Itulah kerajaan Islam Osmaniyah. Masa empayar osmaniyah ni la , kita berada di kemuncak. Suasana ilmu, tamadun, politik, ketenteraan, berada di puncak ketika era Sultan Muhammad ke-2 , yang mana pada zaman beliau, mereka berjaya membuka kota constantinople pada 29 Mei 1453. Pusat empayar Byzantine, Rome timur. Ketika berlaku peperangan ini, tentera-tentera Islam menggunakan meriam yang paling dahsyat dibuat pada zaman tersebut. Bukti kegemilangan ilmu berada di puncak. Dan tentera-tentera Sultan Muhammad inilah yang disebut Nabi Muhammad dalam sabdanya “lataftihannal qostantiniyyah…..ila akhir” yang bermaksud ‘akan dibuka kota constantinople dengan sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemerintah” . Dan terbukti pada zaman Sultan Muhammad kedua ini. Dengan pembukaan kota ini, beliau digelar Sultan Muhammad Alfateh - Muhammad Pembuka .

Kalau kita menyusuri sejarah pembukaan kota ini, ia bermula zaman Muawiyah lagi, tetapi kerana ketika itu, kita tidak ada kekuatan tentera untuk menembusi kota ini, maka kesemuanya kecundang. Setiap kali kecundang, kita kaji lagi bagaimana untuk serangan seterusnya. Umat Islam semangat untuk merealisasikan hadis Nabi. Dan kemuncak ilmu pengetahuan inilah , pada zaman Sultan Muhammad Alfateh , terbukti kegemilangan ilmu itu.

Selepas dari itu, umat islam melalui zaman yang penuh pancaroba. Semakin lama, makin hanyut. Hanyut dengan kekuatan,hanyut dengan kekayaan,hanyut dengan hiburan. Sehingga mengabaikan kekuatan ilmu. Banyak mencari hiburan. Sehingga akhirnya, kemuncak kehinaan ummah ini, ketika berakhirnya pemerintahan khalifah Islam pada tahun 1924. Bermula dari itu, kita umat Islam terus dihina, terus berada di bawah kerana tiada kesatuan antara kita. Kita menjadi ummat yang hanya tahu mengguna, bukan menghasilkan produk.

Dulu kita mulia kerana kita pegang Islam dan kita punya ilmu. Kita punya segala.

Peranan Kita


Dan kini, kita pelajar-pelajar yang dihantar keluar negara, kita yang berada di BUMI KEINGKARAN MALAYSIA, kene belajar bersungguh-sungguh. kita cedok kembali ilmu-ilmu yang dahulunya pernah menjadi milik umat Islam. Setiap hikmah kebijaksanaan adalah milik kita. Maka kita perlu kutip setiap satu untuk mengembalikan ummah kita ke arah kegemilangan sepertimana suatu ketika dahulu. Korang semua yang ambil engineering, dan korang belajar cara buat kapal terbang, belajar betul-betul. Kaut semua sekali. Kami yang bakal doktor ni, akan berkhidmat dan turun kepada masyarakat, manakala korang semua sebagai benteng kepada masyarakat. Korang kena bawak balik ilmu buat kapal terbang pejuang. Korang berada dibarisan hadapan dalam mempertahankan negara di mana kita akan mencipta sendiri jet pejuang kita sendiri.Kita tak perlu import dari negara-negara lain. Jadi kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang kita belajar sekarang. Kitalah yang akan kembalikan kegemilangan Islam. aku harap kita belajar betul-betul, kuasai betul-betul ilmu yang dipelajari. Pegang agama kita betul-betul . Jangan lalai di negara yang tiada agama ini.Dan aku rasa, cukup kot setakat tu, lama dah rasa. Maaf ye, aku kalau cerita pasal sejarah ni, tak tahu camne nak berhenti. Selalu nak cerita sampai habis.

yang penting

SEBARKANA BUDAYA TOLENRANSI DAN PERDAMAIAN
AGAR SUATU MASA NANTI ISLAM KEMBALI BERSINAR DAN GEMILANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates