Khamis, 29 Januari 2009

KELAPA ATAU MUTIARA







Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya..Harganya mahal sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

5 ulasan:

  1. terima kasih atar persinggahan komen kat blog 'mutiara'..saya link blog ni ek..
    pasti ramai yang nak jadi mutiara tapi ada sebahagiaanya, tidak mampu menangkis gelora lautan..

    BalasPadam
  2. err, kelapa bermanfaat, walaupun kelapa sering dilupakan... tapi mutiara banyak guna untuk hiasan je... (ada jugak kot untuk kosmetik)...dua2 susah nak jadi... sy nak jadi macam lebah lar..hehe

    salaam

    BalasPadam
  3. tq fahan_an.. link blog sy..sy nk cite tntng mknn tkut borink plak nnti...tu mutiara duduk nya di dasr lautan..sush nk dpt..n nk jd...

    bazla; sy pun dh jadi sifat lebah dh... bersistem. mcm sebuah negar tmpt bergntung hnya 1 di dhn yg kukuh..malaysia byk tmpt bergntung x yakin dgn diri...nk sistem mcm lebah yg Allah gmbrkn memg sukar..tapi kena laksanakn jua...

    BalasPadam
  4. Suka minum air kelapa tanpa ais. Nyaman tu

    BalasPadam
  5. pok li: memg la...best buh ais..duk bwh pokok lak sambil tgok sawah kek kg..memg syok pok li

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates