Isnin, 2 Februari 2009

teruskan berprinsip ( tegakkan AD Deen )



Orang yang tegas dengan prinsip,
dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang.
Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir,
dia dengan Tuhannya ( pengatur yang menciptakan ).
Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati.
Telah jadi mendarah daging.
Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya.
Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya.
Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya.

Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates