Khamis, 12 Februari 2009

sekadar renungan


Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a,

bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., puteri rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadapketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu
dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang rajaitu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal
dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-
pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan
jalan menuju syurga-KU adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut".

5 ulasan:

  1. renungan yang mengasyikkan..dan menginsafkan.

    BalasPadam
  2. betol tu muhamad...syurga tu sukar nak dapt n capai..perlu lalui jalan yang sulit..tq singgah

    BalasPadam
  3. kata2 yang sungguh indah...
    islam agamaku :)

    BalasPadam
  4. wah...hurm, merenung diri kembali melihat apa yang cantik,manis dan sukar...em,insaf:)

    BalasPadam
  5. tq cik mimie...tiada kata2 yg indah selain ayt Allah

    betol tu fahana kite merenug diri kita..hehehe

    jom hafal asma husna

    BalasPadam

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates