Jumaat, 29 Mei 2009

SENTUHAN LISTRIK MU



Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu

Jumaat, 8 Mei 2009

keldai dan tuannya

Al-kisah maka tersebutlah kisah... ..

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2,3... 9

'Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,' di berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

'1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..huh cukup pun,'katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor.Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, 'Lebih baik aku berjalan kaki,kalau aku xmenunggang keldai nescaya aku untung seekor

p/s..mungkin pas nie aku kurang update blog nie. kalau update pun sebulan sekali..aku cibuk dgn perintah,,,mf semua..

Jumaat, 1 Mei 2009

balik KAmpung







Teh, semboyan udah begomo
Lokeh masauk ke dalom bahtoro
Belaya bahtoro indo bekelasi
Bahtoro iko bahtoro DIRI

Ditarik tang sauh keADAen
Dilebalah laya kePAPAen
Berlabuh toruih ko nogori amen
Nogeri MUTLAK indo tang besempaden
Paling ke lah MAKNAWIYAH dari pandangen
Dicolo NAFSIAH nun di dopen

Copek, lokeh tang berkayuoh
Ponek, susah, mongah apo la’i dikoluoh
Pelayaren malam indo bepenyuluoh
Tuju terobuih alam AR-RUOH

Keh sampai tang soru ketiko
Di dongak kepalo dicolek keh mato
Cotoih keh minda baco papen tando
“Sampai Wa’ang Ke Negori TIADO

Khamis, 30 April 2009

mat basikal


Cikgu Naz: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Naz : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Naz : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


p/s..teringat teka teki ex aku dulu.. ape kat pisang kita x panggil pisang.?nanti aku beri hadiah kalau dapat jawap...kisah mat basikal mungkin abis di sini,,,

Rabu, 29 April 2009

di balik cermin

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Selasa, 28 April 2009

Tip Gaya Hidup yang Sihat


* Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
* Elak dari menjadi gemuk
* Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
* Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
* Bersenam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau
* Belajar untuk beristirehat.
* Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telah pun dikesan.

Isnin, 27 April 2009

PERTEMUAN


Jangan dikesali dengan sebuah pertemuan itu kerana disitu terciptanya kemesraan
Jangan dikesalkan dengan sebuah perpisahan kerana disitu
terciptanya kerinduan
Ingatlah,
kehidupan di dunia kerana disitu terciptanya kesyukuran
kepada Penciptanya

Ahad, 26 April 2009

amanah


Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah.
Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita.
Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita,
kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya,
seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri.
Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati.
Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas.
Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.


p/s..cintai DIRI = cintai ALLAH

Sabtu, 25 April 2009

AKAR KITA

Akar kita
Akar kita

Harus menjalar dalam dan jauh
Bicara sang pohon keramat tua
Kalau mahu matahari
Menimbah karunianya

Langit tinggi lagi jelas pandangan
Mudah baca cabaran mendatang
Mudah buat perkiraan
Matang dan tepat kesasaran

(Hujan tak datang)
(Langit kontang)

Hati tak resah atau rasa gundah
Bila jejari membenam ke mata air
Itulah pesanan Lokman
Pada putranya di waktu duha
Dia pergi mencari suara emas

Akar kita
Akar kita

Jumaat, 24 April 2009

air mata


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Khamis, 23 April 2009

mat basikal


Cikgu Naz sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 azaytun..
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??

p/s..budak2 sekarang dah banyak mencari jalan yang mudah..tidak merasa n menghargai orang2 sebelumnya..semoga kita menghargai kaum n bangsa yang memperjuangkan ADDEN terutamnya

Rabu, 22 April 2009

teman

Teman,
bangkitlah dari mimpi-mimpimu,
bangkitlah dari tidurmu,
bangkitlah dari kenangan lalu,
ku pasti inilah jalan yang harus kau tuju.

Selasa, 21 April 2009

saHABAT GUA ( PEMUDA KHAFI )




Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

( 1 )
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

( ulang 1 )

( 2 )
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

Isnin, 20 April 2009

sedap ayat ni

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA............

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Ahad, 19 April 2009

ALLAH MAHA PEMURAH



Allahku ya Rahman (2x)
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

berlalu waktu berlalu
sepi menghantar kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu

di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku

dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan

Allahku ya Rahman (2x)

Sabtu, 18 April 2009

nak kongsi




Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

firman allah dalam surah al - ankabuut ayat 63. Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).

Jumaat, 17 April 2009

hari ini semalam dan esok

Kenapa perlu menyesal pada hari semalam yang telah dtinggalkan?

Menyesal kerana melakukan kesilapan dan telah mensia-siakan hari semalam.

Kerana hari semalam tak seindah yang diharapkan..

Tak perlu menyesal pada hari semalam yang telah berlalu pergi

Yang kita tak mungkin akan kita dapat kembali..



Kenapa perlu bimbang pada hari esok?

Bimbang takut apa yang berlaku tak seindah yang diimpikan yang telah kita reka dalam minda..

Bukankan esok adalah milik Allah..Dia berhak sama ada menjadikan impian itu satu kenyataan atau sebaliknya..Dia Maha Mengetahui sesuatu..


Hiduplah hanya batasan waktu pada hari ini..kerana hari ini milik kita..

Lalui hari ini dengan tenang,fokus dan penuh hikmah..

Tak perlu dikenang pada semalam yang ditinggalkan..jika hari semalam ada kesilapan jadikan pengajaran..

Jika sudah ada rencana untuk hari esok.bertawakallah

jika yang diharapkan seindah yang diimpikan jangan lupa bersyukur kepadaNya..



p/s..ayat ALLAH..SURAH AN NISA AYAT 9. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Khamis, 16 April 2009

mat basikal


sambungan minggu lepas..

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Naz telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Naz pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana..


p/s...jalan yang di pilih bukan syurga ( balasan ) tetapi apa yang di perintah kan..
gambar di ats ada satu lorong je.. kalau ada dua boleh sesat woooo.. kena pilih la,,,

Rabu, 15 April 2009

cinta 3

Bukan mudah untuk cintakan Dia,
dan bukan mudah untuk mempertahankanNya.
Dan, diri ini cuba lagi bertahan...
Selagi ada kekuatan untuk mempertahankan cinta ( AddeenMU )yang satu ini.
Inilah cinta hakiki yang perlu untuk dihayati,
cinta hamba padaNya, walau sukar dan tabah, semoga Dia mengurniakan segala kekuatan untuk diri ini lebih tabah dalam menghayati cinta yang satu ini.

Diri ini terlalu lemah... .
Terlalu goyah dengan hati yang tidak tetap...
Pun, jauh di sudut hati ini...
Masih mengharapkan cinta padaNya jua... TAMAT...
CINTA padaNya Tidak Pernah Tamat.amin

Selasa, 14 April 2009

cinta 2

Cinta itu sesuatu yang indah, dan dapat dirasakan diri ini...
Semakin kerdil di sisiNya... .
Mencari keupayaan diri untuk bertahan,
mencintaiNya tanpa halangan bukanlah sesuatu yang amat mudah.
Ujian dariNya cukup hebat, dan hati ini semakin goyah...( sambung episod terakhir )

p/s...minggu ini tewas ku pada pujukkan nafsu...
ampuni aku ya Allah..kafir pada pada perintahMu

Template by:
Free Blog Templates