Sabtu, 1 Ogos 2009

siti aishah

DOA BUAT SITI AISHAH

Aku memohon kerezaan mu
Kerana engkau yang pengasih
Engkau yang mengetahui

Ya Allah ���..
Restuilah Siti Aishah
Pimpinilah dia ke jalan Allah
Janganlah kau lekakan dia
Dengan tipu muslihat dunia

Ya Allah ����
Kau lindungilah dia
Tabahkanlah hatinya
Cekal menghadapi pancaroba
Bersama iman dan taqwa

Ya Allah ����.
Berilah keampunan kepadanya
Jadikan dia insan yang redha
Tidak memilih rupa dan warna
Berbudi bahasa berakhlak mulia

Ya Allah ����
Cantikkanlah budi pekerti
Pabila diuji , terbukti suci
Pabila melangkah, tak berpaling arah
Jadikan dia sebaik mukminah

Ya Allah �����.
Sinarilah hati Siti Aishah
Ranumkan gundah dijiwa
Huraikan sebak di dada
Dari curiga dan prasangka

Aku memohon kerezaan mu
Kerana engkau yang pengasih
Engkau yang mengetahui

Amin2 YaRabbilalamiin����.

(Selamat menyambut hari lahir pada 1 ogos ini dari Siti manis buat Siti Aishah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates