Isnin, 8 Jun 2009

ingatKan

Tolong ingatkan eden..


sekiranya eden lalai


Lupa yang eden hanya lah


Camar senja yang hinggap melepas lelah


Umang yang kesepian


eden mungkin lupa


Tempat ini bukan untuk saya



Tolong ingatkan eden


Bila dipersilakan eden masuk


Pintu itu masih terbuka


Untuk eden melangkah keluar


Sekadar bertamu di hati


Di penjuru hati


eden mungkin lupa


Tempat ini bukan untuk eden




Tolong ingatkan eden


Pohon rimbun ini begitu redup


eden selesa menumpang berteduh


Sementara meneruskan langkah


Kehidupan


eden mungkin lupa


Tempat ini bukan untuk eden




Ingatkan den untuk tidak berlabuh selamanya


Kerana perahu den kecil dan sarat duka


tak mampu melawan badai yang menggila


eden takut karam di pertengahan lautan


Lemas dan tenggelam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peace and democracy

Template by:
Free Blog Templates